Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Aksi berbalas gol + asyik kena tiang gol - keputusan perlawanan ke-16 & 17 Liga Super 2023 + final Piala FA 2023

C03FE1CD-9014-4D6B-A490-CD5243EA77C7-scaled.jpeg

Isnin, 24 Julai 2023, 9:40 pm0

Penang vs Kelantan & Sabah vs Kuching City, pasukan tuan rumah masing² menghalang kebangkitan pasukan pelawat, kedua² pertemuan berpihak kepada tuan rumah 4-3.

JDT kena denda

RM30k sebab membakar suar, RM10k sebab gagal mematuhi obligasi penganjuran, kena denda dalam 3 perlawanan Liga Super, semua sekali berjumlah RM120k ⁽¹⁾.

Waktu lawan N Sembilan pun bakar lagi. Apa susah, denda lah lagi, dan lagi~. TMJ kan banyak duit, jual satu kereta klasik atau sport car dia, masih ada balance lagi untuk belanja MFL.

Selangor vs Sabah

Kira² 4 percubaan terkena tiang. Gol tunggal Ayron pun terkena palang gol, baru menerjah jaring.

Keputusan

7/7
KL City 3 – 3 Terengganu (https://youtu.be/srOFaodP_xY)
Perak 1 – 1 Kelantan Utd (https://youtu.be/Z8fz3A0F32k)

8/7
Sabah 4 – 3 Kuching City (https://youtu.be/LoiZCQ7xG0U)
JDT 2 – 0 N Sembilan (https://youtu.be/Y2skmVP2RCo)
Penang 4 – 3 Kelantan (https://youtu.be/Fk7Yu50JzSE)

9/7
Sri Pahang 1 – 0 Selangor (https://youtu.be/hCrBl9Mmt44)
PDRM 0 – 2 Kedah (https://youtu.be/bFZjk-811fw)

14/7
Kelantan 0 – 5 JDT (https://youtu.be/hmcdAZPvNHs)
Kedah 3 – 1 Kelantan Utd (https://youtu.be/VkRJG3lu0tQ)

15/7
KL City 1 – 1 N Sembilan (https://youtu.be/_9DJX53bT_g)
Sabah 4 – 0 Sri Pahang (https://youtu.be/pCUzfT0V044)
Selangor 3 – 0 Penang (https://youtu.be/oTSiZEe8H68)

16/7
Kuching City 1 – 2 Perak (https://youtu.be/ty3EqWrSDd0)
PDRM 0 – 0 Terengganu (https://youtu.be/hqpjw0SCu9A)

21/7
Kuching City 2 – 2 Kelantan (https://youtu.be/i2AY019bd7s)

23/7
Selangor 1 – 0 Sabah (https://youtu.be/WRNlSO4x6CE)

Kedudukan
PasukanPMSKGBDMata
JDT1717006736451
Selangor18131443172640
Kedah ↑117111534211334
Sri Pahang ↓117104329181134
Sabah18103541241733
Terengganu177462421325
KL City176742728-125
PDRM177281621-523
N Sembilan174852431-720
Penang175482228-619
Perak1734101336-2313
Kuching City1714121436-227
Kelantan Utd1714121642-267
Kelantan1712141963-445
Final Piala FA

KL City bermain compact defending, JDT tak dapat main short pass. Corak game JDT sikit² jadi macam level team lain dalam Liga Super, banyak main long pass, banyak larian solo mencari ruang untuk rembat jarak jauh. KL City ada 2 peluang terbaik yang boleh menghasilkan gol, tapi gagal disudahkan dengan baik.

Separuh masa kedua, rembatan kaki kiri Arif Aiman, terkena tiang & rebound ditolak Bergson masuk gol, tapi pengadil kata offside. Dari ulang tayang, jelas Bergson berada di belakang defender terakhir.

Gol pertama JDT dalam game ini sangat istimewa, sebab:

  • Gol pertama Hong Wan bersama JDT selepas menyertai pada 2021. Dia selalu bermain di posisi defending midfielder.
  • Gol yang memecah kebuntuan selepas separuh masa pertama tak ada gol. Biasanya JDT dalam 20 minit pertama dah ada gol.
  • Rembatan jarak jauh dari luar kotak penalti, kira² 25 meter dari tiang gol, tepat menuju ke penjuru atas gol, sangat sukar untuk Kevin Mendoza menepis bola.

KL City hanya fokus untuk bertahan, apabila dapat bola, tak dapat nak merencanakan gerakan yang merbahaya. Syihan relaks tahan bola pakai sebelah tangan.

22/7
JDT 2 – 0 KL City (https://youtu.be/-5_2nusa4Yo)

⁽¹⁾ https://www.sinarharian.com.my/article/267340/berita/sukan/penyokong-jdt-bakar-suar-lagi

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/950767759423470/

Tulis komen: