Permainan berat sebelah + keputusan suku akhir Piala Malaysia 2022

315525719_793739778459603_8278451050451757802_n.jpg

Isnin, 14 November 2022, 10:00 pm63

*Kuching City vs Sabah*

Stadium Negeri nampak penuh, ramai penyokong Sarawak Utd dah convert ke Kuching City? 😆

Game seimbang, gol Sabah pun sebab keeper tepis percubaan pertama sebelum finishing oleh Baddrol Bahtiar yang rendah, gagal untuk ditepis sekali lagi.

Kelantan vs JDT

Banyak percubaan Leandro tak masuk, adakah tiang gol kena jampi? Minit ke-2, sepakan percuma kena tiang, minit ke-40 sepakan percuma tersasar, minit ke-70 buat turn & rembat tapi ditepis keeper Kelantan.

Gol pertama JDT menerusi sepakan sudut & tandukan oleh Bergson, keeper dapat tepis tapi bola masuk gol.

Gol ke-2 oleh Syafiq Ahmad. Dia yang mulakan dari tengah, beri kepada Afiq Fazail. Hantaran Afiq berkualiti tepat pada aras lompatan Syafiq dan terlalu tinggi untuk pertahanan yang mengawal Syafiq.

Pada awal permainan, Kelantan ada buat high pressing, tapi lama² jadi perlahan. Nampak perbezaan tahap fitness pemain kedua², lagi² bermain di padang becak.

Minit ke-73, baru Leandro dapat skor, dia dimulakan gerakan & dibantu Arif Aiman untuk dibawa ke kotak penalti & buat rembatan leret.

Minit ke-75, Afiq Fazail dapat kad kuning ke-2, selepas terlepas bola dia late tackle pemain Kelantan.

Minit ke-88, Ikhwan Yazek kena kad kuning, cuba hard tackle ke atas Matt Davies. Sebelum itu pun dia dah buat reaction ke atas Hong Wan, gagal kawal emosi.

Lepas wisel penamat, seorang pemain Kelantan kena kad merah.

KL City vs Terengganu

Minit ke-62, keeper Terengganu Shuhaimi Husin kena kad merah. Gagal mengagak bola datang melantun, dia berada jauh dari tiang gol terlepas bola kepada Romel Morales, kemudian dia menarik baju pemain KL City tersebut.

Faiz Nasir ‘dikorbankan’ untuk dikeluarkan bagi menggantikan keeper baru.

Sepakan percuma susulan daripada insiden kad merah ini, keeper baru menggagalkan 2 kali percubaan, lalu sepakan ketiga bola ke luar.

Dalam 10 minit hujung perlawanan, jersi Giancarlo Galifuoco koyak, terpaksa main dengan baju berkibar² nampak dada.

Selangor vs N Sembilan

Sepakan penalti Selangor, Syihan dah agak arah yang betul, tapi disebabkan kelajuan bola tinggi, ia menyelit bawah badan.

JDT vs Kelantan

3 gol Bergson dalam separuh masa pertama, 2 kali keeper Kelantan tergamam.

Syahmi Safari gol ke-4, cantik volley kick ada sedikit swing.

Nazmi Faiz skor gol ke-5, berpunca kelekaan pertahanan yang ingat pengadil mahu hentikan permainan sebab ada kekasaran.

Separuh masa pertama 5 – 0. Separuh masa ke-2, tiada jaringan, JDT terus menerus menekan dengan mengawal bola & membuat percubaan pada sasaran.

Penghujung separuh masa ke-2, semakin ramai pemain Kelantan injured, hasil daripada kena pressure intensiti tinggi pada separuh masa pertama.

Sabah vs Kuching City

Separuh masa ke-2, Damien Lim, keeper Sabah macam main dalam sawah, kotor berlumpur padang becak.

Kuching City nampak lebih mengawal game & berterusan menyerang. Hasilnya gol penyamaan (secara agregat) daripada gol sendiri.

Di hujung masa, ada beberapa peluang keemasan Kuching City untuk menjaringkan gol kemenangan, termasuk satu backheel pada pintu gol yang dah terbuka, tapi tersasar.

Sabah dapat jaringan kemenangan pada masa tambahan menerusi Taiki Kagayama.

Damien Lim tergelincir ketika sepakan gol, Sabah dah buat 5 pertukaran, tak dapat nak tukar keeper lain.

Di hujung masa tambahan, Kuching City mendapat lagi 3 peluang terbaik untuk jaringkan gol penyamaan, semuanya keluar atau digagalkan.

Terengganu vs KL City

Minit ke-20, hantaran dari kiri oleh Faisal Halim tapi tak dikawal baik pertahanan KL City, terlepas kepada Manuel Ott yang dapat ruang terbuka & merembat untuk gol pertama. Penyokong buat wave seluruh stadium.

Gol ke-2 pada separuh masa ke-2. Pass through Manuel Ott melepasi lapisan pertahanan KL City untuk Tchetche Kipre masuk ke dalam kotak penalti & skor. Lepas tu joget² geng Awang Hitam 😅.

Minit ke-86, Pape Diakite berlanggar, berdarah di bawah mata.

Minit ke-88, Kpah Sherman skor gol ke-3, berjoget² lagi mereka sambil dukung Faisal Halim 😆.

Keputusan

5/11
Kuching City 0 – 1 Sabah
Kelantan 0 – 3 JDT

6/11
Selangor 2 – 0 N Sembilan
KL City 0 – 1 Terengganu

11/11
Sabah 1 – 1 Kuching City (masa tambahan, 1 – 0) (aggr. 2 – 1)
JDT 5 – 0 Kelantan (aggr. 8 – 0)

12/11
Terengganu 3 – 1 KL City (aggr. 4 – 1)
N Sembilan 2 – 2 Selangor (aggr. 2 – 4)

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/793739805126267/

Tulis komen: