Topup kad Touch n Go NFC guna iPhone 7 + tuntut kredit eMadani

Rabu, 6 Disember 2023, 7:40 am0

0ACA4DCC-B0E3-4909-AAED-D3E2675C3710.jpeg
Punyalah lama nak tunggu stok kad NFC ni. Dah boleh simpan dalam muzium kad UTP tu ๐Ÿ˜.
Topup kad NFC

Kena ada phone yang support NFC seperti 7, app Touch n Go dah pasang & dah isi ke dalam e-wallet.

D0CD072A-BD17-4050-A3DC-DCC457CC7821.jpeg
Kena letak kad pada kedudukan begini, tengahยฒ kad tu pada aras kamera, baru dapat scan.
37FBD504-D2F4-443D-AADA-767A350B8AEE.jpeg
Minimum amaun untuk topup adalah RM10.
D6BCD16B-051D-4CE4-A72A-0630FC67527E.jpeg
Untuk semak baki, tekan pada logo gelombang biru tu, pastu scan kad, nanti akan dipaparkan baki semasa.
Kredit eMadani

Touch n Go adalah salah satu e-wallet yang dapat digunakan untuk menuntut kredit eMadani.

Selain Touch n Go, boleh juga guna e-wallet Shopee. Kalau ada dengar lagu iklan Shopee dalam radio:

๐ŸŽถ tebus eMadani, dengan Shopee!๐Ÿ•บ

Dah macam merepek bunyi lagunya ๐Ÿคฃ.

3C07A57A-B6A5-4EFE-911B-11625362A3C5.jpeg
Dalam app dah ada link untuk tuntut kredit eMadani, tak perlu klik pada link lain yang entah siapa bagi kat e-mel atau WhatsApp.
7D19985F-2D63-4BAD-A5ED-053653073E8B.jpeg
Kena bagi butiran diri seperti alamat rumah, pekerjaan & julat pendapatan, lepas tu kerajaan akan mengesahkan info yang diberi.
2ED8D0ED-F451-4ABB-9BC3-147C1AEA5320.jpeg
Saia punya tuntutan dah lulus semalam ๐ŸŽ‰
1F27BA8E-AAD9-49CA-997D-DC99420F6373.jpeg
Mydin ada dalam senarai pedagang yang menerima kredit eMadani, hujung minggu ni kat Mydin Bukit Mertajam nampak gayanya.

Dapatlah melonggarkan sedikit kekangan bajet untuk beli barang rumah hujung tahun ni ๐Ÿ˜ฎโ€๐Ÿ’จ.

ShareTweetSaveSendCopy