Naik pengangkutan awam darat, air & udara untuk balik kampung

CA0FCB99-39DB-4E86-B010-9B210A15C2E2.jpeg

Sabtu, 10 Februari 2024, 7:25 pm0

Penerbangan terus Penang ke Kuching yang ditamatkan sebelum ini akan diperkenalkan semula pada hujung Mac. Ini peluang terbaik untuk cuba naik keretapi.

Paya Terubong → Jeti Weld Quay

Naik bas Rapid Penang, saya ada pass Mutiara ⁽¹⁾, kiranya percuma nak naik bas untuk menuju mana² destinasi.

Bas berhenti kat Jeti B, kena jalan kaki kira² 100 meter ke Pengkalan Raja Tun Uda untuk mengambil feri ke Butterworth. Ada laluan berbumbung disediakan.

Jeti Weld Quay → Penang Sentral, Butterworth

Guna feri baru, tambang RM2, boleh guna kad Touch n Go. Kekerapan feri adalah setiap 30 minit.

Penang Sentral → Stesen KTM Butterworth

Hanya jalan kaki, disediakan laluan berbumbung & ber-aircond. Tren saya bertolak jam 12:45, makan tengahari awal kat KFC Penang Sentral.

Butterworth → KL Sentral

Tambang ETS (Electric Train Service) ialah RM85. Saya beli tiket menerusi app KITS (KTMB Integrated Ticketing System), nanti akan diberi tiket digital dalam bentuk QR code, untuk di-scan di pagar masuk.

Tren ini akan berhenti di stesen² berikut:

Perjalanan dari Butterworth ke Ipoh lebih cepat sampai, sebab tren bergerak pada kelajuan maksimum, 143km/j. Walaupun tren kerap berhenti di stesen² yang jarak antaranya agak dekat.

Jarak antara stesen Kampar & Tanjung Malim adalah yang paling jauh, sejam lebih tren tak berhenti.

Selepas stesen Tanjung Malim, masuk ke kawasan KL, tren bergerak perlahan, tak dapat guna halaju maksimum, mungkin sebab berkongsi trek dengan komuter.

KL Sentral → KLIA 2

Tiket KLIA Ekspres saya dah tempah menerusi app mereka. Tiket yang dibeli boleh digunakan dalam tempoh sebulan dari tarikh yang dipilih.

Beli melalui app dapat harga RM49.50 untuk perjalanan sehala dari KL Sentral ke KLIA 2.

Sama seperti ETS, dalam app akan diberi tiket digital dalam bentuk QR code, digunakan untuk di-scan pada pagar masuk.

KLIA 2 → Kuching International Airport

Tambang belon berubah² ikut tarikh terbang. Sebagai rekod, seminggu sebelum CNY 2024, harga tiket KL – Kuching ialah RM201.90.

Flight dijadualkan pada jam 22:50 dan tiba pada 00:30, tapi kena delay, bertolak 01:30 dan tiba 3:15 di Kuching 😪.

Bila dapat tahu delay, saia pun mengorak langkah perlahan² meneroka KLIA 2 yang dah nampak asing. Reka bentuk ruang kedai yang melengkung² sedikit mengelirukan & terpaksa berjalan lebih jauh mengelilingi lot kedai.

Nak cari kedai makan, pergi tingkat 2 & 3. Dinner saya duduk kat Oldtown White Coffee, pastu sementara tunggu waktu boarding, duduk kat Starbucks ngirup kopi coklat ☕, sambil dengar podcast Eric Worre 🎧.

@azwan082_my

Naik pengangkutan awam darat, air & udara untuk balik kampung.

♬ original sound – azwan082_my – azwan082_my

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2023/06/dasauto-masuk-wad-bas-feri-rapid/

ShareTweetSaveSendCopy