Isnin, 11 Oktober 2021, 12:45 pm
Taman Sahabat, dalam album panorama 360.
Taman Persahabatan Malaysia-China, atau singkatan Taman Sahabat, merupakan taman yang dibina bagi memperingati ulangtahun ke-30 hubungan diplomatik antara kedua² negara pada tahun 2005. Terletak dikelilingi perumahan mewah di Jalan Song, #Kuching, taman ini terkenal dengan tugu Laksmana Cheng Ho seperti dalam gambar.
Baca penuh ↓
Pada hari ini, 28 Januari
Tahun lalu:
2 tahun lalu:
4 tahun lalu:
13 tahun lalu:
Artikel tular dalam #Kuching:
Rabu, 15 September 2021, 8:00 pm
Ada beberapa taman lagi nak buat album #panorama360.
Tapi belum ada kesempatan lagi nak keluar ambil gambar. Biasanya kalau keluar waktu petang, dah ramai orang beriadah kat taman. Lebih² lagi esok hari cuti umum, mesti sesak taman dengan orang berjoging.
Baca penuh ↓
Khamis, 2 September 2021, 9:30 pm
Bulan kebangsaan Malaysia, 31 Ogos hingga 16 September.
Bangunan DUN Sarawak baru nampak meriah dengan suluhan cahaya warna bendera Malaysia pada waktu malam.
Baca penuh ↓
Sabtu, 28 Ogos 2021, 1:00 pm
Jambatan Gantung Satok, dalam album panorama 360.
Jambatan Gantung Satok yang pertama dibuka pada penghujung tahun 1926 di mana dibina untuk menghubungkan saluran paip bekalan menyeberangi Sungai Sarawak. Jambatan ini juga menghubungkan penduduk untuk menyeberang sungai di mana hanya pejalan kaki dan kenderaan ringan dibenarkan.
Baca penuh ↓
Ahad, 15 Ogos 2021, 7:05 pm
Sunset, penamat hari.
Sebut pasal tamat, kamboh hari ni pasal berita tamatnya suatu era.
Baca penuh ↓
Sabtu, 14 Ogos 2021, 12:40 pm
Taman Rimba Sama Jaya, dalam album panorama 360.
Sebagai taman rimba dalam bandar pertama di negeri ini, Taman Rimba Sama Jaya telah digazet pada 31 Januari 2000 dengan keluasan 37.916 hektar. Terletak di dalam bandaraya #Kuching, taman rimba ini bertindak sebagai ‘peparu hijau’ yang penting kepada penduduk. Taman yang terdiri daripada Hutan Kerangas, hutan sekunder dan sedikit hutan paya, rizab alam semula jadi ini menjadi habitat kepada sesetengah spesies hidupan liar. Kemudahan di sini direka dengan latar belantara bandar yang asli agar aktiviti yang dilakukan pengunjung dapat bersepadu dengan alam sekitar. Objektif utama taman ini adalah untuk mempromosikan pelbagai kegunaan taman ini seperti aktiviti rekreasi, pemeliharaan alam semulajadi dan pelancongan.
Baca penuh ↓
Rabu, 21 Julai 2021, 5:00 pm
Ni baru nampak macam kat Jepun.
Entah la, bila nampak langit cerah dengan pantulan cahaya matahari kekuningan pada binaan konkrit, tambah lagi ada lampu isyarat, nampak macam kat lintasan keretapi dalam video camper orang Jepun yang saya selalu tengok
.
Baca penuh ↓
Isnin, 19 Julai 2021, 6:00 pm
Ini boleh kira egg yolk sunset kah
?
Dalam bidang #fotografi, pemandangan matahari terbenam dengan cahaya kuning yang nampak mengalir cair ini dikenali sebagai egg yolk sunset. Selalunya dapat diperhatikan di tepi pantai, pada bentuk matahari terbenam di permukaan laut pada cuaca yang cerah.
Baca penuh ↓
Khamis, 8 Julai 2021, 8:45 pm
Masjid Jamek Negeri Sarawak.
Mulai minggu ini solat Jumaat telah dibenarkan untuk dihadiri tidak lebih 400 orang jemaah di masjid ini ⁽¹⁾, selepas dekat 2 bulan hanya dibenarkan maksimum 15 orang sejak mula PKP hujung bulan Mei lalu ⁽²⁾.
Baca penuh ↓
Rabu, 23 Jun 2021, 8:33 pm
Mural kita-jaga-kita di tepi Hikmah Exchange.
Terletak di bangunan Kolej SIDMA di jalan Haji Taha, #Kuching, #mural ini siap Disember tahun lalu & merupakan projek bersama MOTAC & NADMA ⁽¹⁾.
Baca penuh ↓