Ahad, 24 April 2022, 10:45 am0
Langsir ni dah beli bulan Februari lalu, tapi bertangguh nak pasang, sebab:
Kain langsir yang dijual bersaiz 140cm x 260cm, hanya sehelai dalam sebungkus. Kena beli 2 helai baru cukup untuk satu tingkap bilik begini.
Waktu beli kat Mr DIY kat Lotus’s Tanjung Pinang, saya beli 2 batang kayu langsir & 2 bungkus kain langsir, ingatkan cukup untuk tingkap kat ruang tamu & di bilik tidur. Tapi hanya dapat pasang pada satu tingkap dahulu, di bilik tidur.
Skru ni dipasang secara manual, guna screwdriver. Pulas sedikit² hingga pemegang ni dapat menampung berat kayu & kain langsir.
Tak dapat nak ikat skru sampai betul² ketat, tangan tak cukup torque untuk pulas screwdriver .
Saya pasang begini supaya langsir menutup habis bahagian tepi tingkap. Lepas pasang langsir, ini beberapa pro & con yang saya dapati:
Walau bagaimanapun, ini adalah perubahan positif yang dibuat untuk bilik tidur ini supaya saya dapat masa rehat yang lebih berkualiti.