4 hari tak dapat berjalan

274581825_478843063685508_7698796100012349810_n.jpg
274477280_478843087018839_8509626941033131447_n.jpg

Isnin, 21 Februari 2022, 9:30 pm0

Ini kali ke-3 kena serangan , selepas pertama kali tahun 2015 dan kedua dalam 2019. Mula² dulu ingat sendi kat bawah buku lali bengkak sebab terseliuh, tapi sejak 2 tahun lalu saya ada buat pemeriksaan darah, mendapati paras asid urik melebihi paras normal.

Tahun lalu paras asid urik menurun sedikit, tapi masih melebihi julat normal. Ni mesti sebab rasa selesa nampak menurun sikit tu, lalu tak berapa nak jaga makan. Lebih² lagi semasa berpindah ke Penang & dalam tempoh menguruskan kelengkapan rumah & menyusun rutin pergi balik kerja.

Tak sampai seminggu lepas pindah, datang balik sakit² kecil kat buku lali. Sakit tu datang sekejap ada sekejap tak ada. Sehinggalah Isnin minggu lalu, apabila sakit tu berganda sampai tak dapat nak berjalan, sendi kaki pun nampak kembang merah² 🤒.

Bila ingat balik apa yang saya makan, saya syak kemungkinan gout kali ni disebabkan gula berlebihan. Semasa pindah, saya selalu minum teh boh susu 3-in-1. Check kat paket, kandungan gula per 100g sampai 71.8g 😱. Terlalu tinggi, tapi bila minum, tak terasa sangat manis dia.

Ahad dua minggu lalu, walaupun dah terhincut² sedikit semasa berjalan, saya pergi drive raon² hingga Batu Kawan nak tengok Ikea. Berhenti sekejap kat Petronas Simpang Ampat, pergi beli aiskrim Kitkat & air teh Lipton botol, sebab hari panas. Dua² manis, mana tak bila keesokan hari bila nak turun kerja, tak dapat berjalan, nak keluar bilik pun tak dapat nak bangun berdiri.

Dah bertahun aku tak makan aiskrim. Kenapa? Kenapa hari ini bukan hari esok?
— dialog Fendi Afifi dalam Man Laksa 😅.

Kalau nak cakap gout kali ni disebabkan makan daging, saya rasa sebelum ni, sepanjang tahun lalu & baru² ni ⁽¹⁾ pun saya ada makan daging tapi tak mencetuskan sakit begini. Seafood seperti kerangan, udang, ketam & sotong pulak memang saya dah tak berapa nak makan, dan takda pulak makan seafood dalam beberapa bulan ni.

Cuma ikan saja yang saya selalu makan waktu tengahari. Selalunya lain² jenis lauk ikan yang saya pilih. Setahu saya, ada spesies ikan yang tinggi kandungan purin, macam ikan sardin atau tongkol, tapi setakat ni tak pernah lagi pilih ikan sardin. Ikan tongkol pula lupa macam mana rupa & rasa dia 😅, mungkin ada makan. Kat rumah pula saya selalu makan ikan tuna.

Nasib baik dapat apply untuk kerja dari rumah, tak perlu pergi ambil MC. Dah tak dapat berjalan, nak ke klinik pun tak dapat, macam mana nak ambil MC? 🥴

Hari pertama & ke-2, buku lali & kaki membengkak merah, tapak kaki rasa mengeras. Nak berjalan terpaksa pegang dinding atau meja sebagai penyokong. Saya terpaksa bergantung kepada Panadol untuk menahan sakit & minum banyak air kosong untuk mempercepatkan penyingkiran asid urik dari dalam badan secara perkumuhan. Saya juga kawal makan, hanya makan nasi dengan omelette & minum air kosong saja, bagi mengelak menambah kandungan gula dalam badan.

Selain tu saya ada jugak minum milo susu dengan susu letak lebih tak letak gula, supaya dapat vitamin & protein dari produk tenusu. Saya dapat tahu yang susu jugak dapat membantu mengurangkan keradangan sendi.

Hari ke-3 & ke-4, bengkak di kaki berkurangan sedikit, tapi sakit masih kuat. Air paip kat rumah buat hal pulak, tak ada air. Nasib baik ada sikit simpan air dalam baldi, untuk basuh² sedikit. Mungkin notis ada dilekat kat lif tapi saya tak keluar rumah, tak tahu berita 🤷‍♂️.

Rutin kerja dari rumah diteruskan macam biasa, cuma tak dapat kerja jam penuh, sebab kesakitan kat kaki mengganggu tumpuan untuk buat kerja.

Rutin lain yang terganggu ialah tidur. Sebab kalau salah posisi letak kaki waktu tidur, rasa sakit tu akan kejutkan saya dari tidur, lalu jadi tak cukup tidur. Sepanjang kerja dari rumah, saya sering terlelap kat meja selepas makan tengahari. Dah mengantuk sangat, ambil power nap nak bagi cukup tidur.

Hari ke-5, kaki masih lagi sakit & bengkak, cuma tak seteruk 2 hari pertama. Dah dapat bergerak tanpa perlu sentiasa berpaut pada dinding atau meja untuk sokongan. Lepas makan Panadol, saya cuba drive ke farmasi.

Ini satu lagi cabaran, drive kereta manual dengan kaki sakit. Saya kena cari posisi duduk & menekan clutch yang paling kurang rasa sakit supaya dapat drive. Bahagian yang paling sakit ialah tapak kaki bawah buku lali belah dalam, jadi saya bengkok sikit tapak kaki dan tekan clutch guna bahagian sisi tepi kaki 😬.

Mula² saya ke Watsons, tanya ada tak jual devil’s claw, sebab herba inilah yang direkomen semasa saya buat pemeriksaan darah dulu. Kedai Watsons tak jual, pergi pulak Farmasi Alpro. Auntie pharmacist kat sini rekomen ubat seperti dalam gambar ke-2, sebab dia sendiri makan ubat ni. Dia pun ada masalah asid urik. Katanya, “saya tengok makanan sedap, saya pun ikut makan saja laa” 😆.

Ubat ini tujuannya untuk mengurangkan keradangan sendi & menurunkan paras asid urik, tapi ia bukanlah ubat tahan sakit (painkiller). Masih kena makan Panadol untuk tahan rasa sakit.

Setakat ini, lepas makan ubat ni 4 hari, perubahannya sedikit² beransur baik. Dah kurang bengkak kat kaki & bengkak kat buku lali, cuma ada masanya terutamanya selepas makan, bengkak & sakit kaki tu berdenyut² datang balik.

Pada tahap yang paling teruk, saya tak dapat nak angkat kaki langsung, tanpa merasa sakit kuat kat sendi buku lali. Nak buat macam menggenggam guna ibu jari kaki tu pun tak dapat, jari kaki tak dapat nak gerak, kalau gerak, sakit sangat kat sendi². Semasa berdiri kena guna sisi tepi tapak kaki untuk imbangkan diri. Lepas makan ubat devil’s claw ni, beransur² saya dapat gerakkan jari kaki & mengimbang badan guna jari kaki.

Tadi dapat pergi ofis, nasib baik kerja duduk depan komputer saja. Sakit² masih lagi ada, tapi dapat jugak berjalan ke food court & ke supermarket, tapi perlahan² jak. Drive kereta pun ok, tak jadi penyebab jalan jem 😆. Masih lagi guna Panadol untuk kurangkan sakit.

P.s: Hal air paip pula, baru hari ni nampak semakin ok. Sepanjang minggu lalu, air paip sekejap ada sekejap tak ada. Sebelum ni ok jak sepanjang masa tekanan air tinggi keluar dari paip 😩.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2022/02/masakan-pertama-di-dapur-baru-kari-daging-kambing-brahims/

Komentar (4):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/478843113685503/

Pingback: Tak terasa gempa bumi pagi tadi

Pingback: Baru dapat sambung buat squat

Pingback: Dah pasang langsir raya

Pingback: Hari menyervis kereta

Tulis komen: