Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Dah pasang langsir raya

Ahad, 24 April 2022, 10:45 am0

279200494_516811843221963_817061404468446639_n.jpg
Kain & kayu langsir beli kat Mr. DIY

Langsir ni dah beli bulan Februari lalu, tapi bertangguh nak pasang, sebab:

  • Tak ada drill & impact driver untuk pasang pemegang kayu langsir
  • TibaĀ² kaki sakit kena gout ā½Ā¹ā¾.

Kain langsir yang dijual bersaiz 140cm x 260cm, hanya sehelai dalam sebungkus. Kena beli 2 helai baru cukup untuk satu tingkap bilik begini.

Waktu beli kat Mr DIY kat Lotusā€™s Tanjung Pinang, saya beli 2 batang kayu langsir & 2 bungkus kain langsir, ingatkan cukup untuk tingkap kat ruang tamu & di bilik tidur. Tapi hanya dapat pasang pada satu tingkap dahulu, di bilik tidur.

279149802_516811863221961_6879284321846288791_n.jpg
Pemegang kayu langsir diskru pada frame tingkap.

Skru ni dipasang secara manual, guna screwdriver. Pulas sedikitĀ² hingga pemegang ni dapat menampung berat kayu & kain langsir.

Tak dapat nak ikat skru sampai betulĀ² ketat, tangan tak cukup torque untuk pulas screwdriver šŸ˜….

279167653_516811889888625_1640229956382062006_n.jpg
Satu lubang langsir di luar antara pemegang kayu langsir.

Saya pasang begini supaya langsir menutup habis bahagian tepi tingkap. Lepas pasang langsir, ini beberapa pro & con yang saya dapati:

  • Bunyi dalam bilik jadi lebih kedap, kurang gema. Bunyi bising dari luar masih kedengaran walaupun berkurangan sedikit.
  • Kain langsir ni jenis menghalang cahaya matahari, jadi walaupun masih terang kat luar, dalam bilik dah jadi kegelapan.
  • Suhu dalam bilik jadi sedikit tinggi sebab kurang peredaran udara, kena pasang kipas barulah rasa nyaman sikit.

Walau bagaimanapun, ini adalah perubahan positif yang dibuat untuk bilik tidur ini supaya saya dapat masa rehat yang lebih berkualiti.

ā½Ā¹ā¾ https://azwan082.my/2022/02/4-hari-tak-dapat-berjalan/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/516811943221953/

Tulis komen: