Cara guna kiosk AirAsia untuk check-in sendiri luggage

316263138_798919727941608_6076193283004178746_n.jpg

Isnin, 21 November 2022, 8:50 pm549

Kiosk ni dah lama beroperasi, kalau tak silap beberapa tahun sebelum Covid. Sekarang dah jarang terbang, dah lupa² cara nak pakai kiosk ni.

Pertama sekali, kena check-in secara online. Nanti AirAsia bagi PDF mengandungi info masa boarding & QR code untuk tag luggage – kalau ada order sekali luggage.

Kalau tak ada order luggage, rasanya QR code yang diberi tak dapat guna untuk print tag luggage.

Semasa di airport, ikut tempat, ada airport yang security akan suruh scan luggage dulu, pastu diberi sticker ‘Security Checked’, contohnya di airport Kuching. Kat airport Penang tak ada scan luggage.

Di kiosk AirAsia, sediakan PDF yang ada QR code tadi.

Scan QR code di kiosk. Caranya ialah dengan letakkan phone secara menegak, bukannya membaring. Ini pasti ramai yang tersilap, sebab nampak cahaya merah scanner tu yang memancar ke bawah, jadi ingat scanner berada di atas.

Selain daripada tu, kecerahan (brightness) skrin phone pun kena naikkan supaya scanner boleh nampak QR code kat skrin.

Nanti kiosk akan print satu tag luggage. Boleh print lebih lagi kalau bawa banyak beg.

Lepas tu boleh pilih untuk print boarding pass sekali.

Kat tag luggage tu ada 3 sticker bar kod yang kecil. Lekatkan satu pada boarding pass, satu pada beg dan biarkan satu lagi pada tag.

Kemudian ikatkan tag pada beg dengan menanggalkan sticker yang ada tulis ‘Pull’, masukkan pada pemegang beg dan lekatkan balik pada tempat bertulis ‘Stick Here’

Bawa beg ke kaunter baggage drop off. Kat sini ada satu lagi kiosk.

Ambil QR code scanner yang macam pistol yang dipakai oleh cashier kat pasaraya tu, pastu scan kod bar pada boarding pass.

Nanti kiosk tu akan tunjuk info berkenaan tiket, berapa had berat luggage yang telah di-order.

Letakkan beg pada conveyor belt, nanti penimbang tunjuk berapa jumlah berat bag. Setakat ini beg saya semuanya di bawah had berat yang telah dibeli, jadi saya tak pasti bagaimana kalau berat beg terlebih.

Kalau check-in luggage kat kaunter, saya pernah terlebih berat luggage. Petugas di kaunter akan bagi tau berapa kilo terlebih dan berapa banyak kena bayar. Boleh bayar excess luggage guna kad debit atau kredit kat kaunter tu jugak.

Berbalik kepada kiosk layan diri tadi, kalau semuanya ok, beg semua dah di conveyor belt, nanti skrin tunjuk yang conveyor belt akan mula hantar beg dalam 5 saat.

P.s: Dalam tiket, Penang ke Kuching mengambil masa 2 jam. Masa sebenar penerbangan pula ialah 1 jam 34 minit:

  • Take off – 17:36
  • Touch down – 19:10

Yang selebihnya masa untuk berbaris masuk , pastu kapal terbang tunggu giliran buat drag race 🛫.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/798919777941603/

Tulis komen: