Banyak gol cantik + keputusan perlawanan ke-14 Liga Super 2022

294483413_721712392329009_5791007138053809126_n.jpg

Isnin, 8 Ogos 2022, 9:00 pm67

Ini cerita bola minggu lalu, baru hari ni nak post šŸ˜….

Penang vs Sarawak Utd

Pertemuan 2 pasukan terbawah liga. Dengan rentak permainan terbuka, keduaĀ² pasukan masingĀ² berbalas serangan, menghasilkan permainan yang menghiburkan.

Minit ke-5 Nor Azizi Ramlee merembat dari luar kotak penalti untuk gol pertama Sarawak Utd.

Minit ke-16, bola terkena kaki Stuart James lalu melambung, lalu Lucas Silva membuat bicycle kick, bola melambung melepasi keeper Tauffiq Ar-Rashid untuk gol penyamaan Penang.

Minit ke-28, Uche Agba membuat larian dari tengah padang sehingga penjuru kanan kotak penalti Penang sebelum melepaskan rembatan deras ke penjuru kiri gol untuk gol ke-2 Sarawak.

2 minit kemudian, Gopi Rizki membuat hantaran silang, Lucas Silva pantas memintas Tauffiq untuk menjaringkan gol penyamaan Penang sekali lagi.

KeempatĀ² gol ini dijaringkan dengan cukup menarik.

Separuh masa kedua, perlawanan seimbang dengan berbalas serangan. Sarawak Utd banyak memanfaatkan serangan balas.

Minit ke-84, sepakan percuma Uche Agba terkena tiang & disambung oleh Gonzalo Soto untuk gol kemenangan Sarawak.

Sabah vs Melaka Utd

Ketinggalan satu gol di separuh masa pertama, Amri Yahyah dimasukkan sebagai pemain gantian di separuh masa ke-2 & menjaringkan 2 gol untuk Sabah memenangi perlawanan tersebut.

N Sembilan vs Selangor

Gol kemenangan N Sembilan oleh Sean Selvaraj ini mendapat tumpuan FIFA untuk layak anugerah Puskas ā½Ā¹ā¾. Sean membuat rembatan dari jarak kiraĀ² 25 meter tepatĀ² masuk di penjuru kiri atas gol Selangor, sehingga Sam Somerville tak dapat nak buat apaĀ².

JDT vs KL City

Minit ke-5 Forestieri dijatuhkan di garisan kotak penalti & dapat sepakan penalti. Keputusan ini agak kontroversi kerana tidak jelas Forestieri jatuh dalam kawasan penalti ā½Ā²ā¾. Mudah Bergson sempurnakan sepakan untuk gol ke-15nya musim ini.

Minit ke-24 Bergson buat larian melepasi pertahanan, berdepan satu lawan satu dengan Kevin Mendoza, mudah menolak masuk gol ke-2.

Minit ke-53, Arif Aiman melarikan diri dalam kotak penalti & dijatuhkan oleh Anwar Ibrahim. JDT dapat penalti ke-2, Leandro skor.

Minit ke-70, Forestieri bermain hantaran satu dua dengan Leandro & menjaringkan gol selepas mengelirukan pertahanan & keeper KL City.

Minit ke-83, Safawi yang menggantikan Arif Aiman, mendapat bola di bahagian tengah & merembat rendah dengan kaki kirinya ke penjuru gol untuk gol ke-5.

Di hujung permainan Aidil Zafuan masuk menggantikan Shahrul Saad, jarang tengok dia main, ini penampilannya ke-2 musim ini.

Keputusan

31/7
Sabah 2 – 1 Melaka Utd
Penang 2 – 3 Sarawak Utd
Selangor 2 – 3 N Sembilan

1/8
JDT 5 – 0 KL City
Pahang 2 – 0 Kedah
Terengganu 0 – 0 PJ City

Kedudukan
PasukanPMSKGBDMata
JDT1311203763135
Sabah14101324131121
N Sembilan147521911826
KL City145361925-618
Terengganu ā†‘4125251413117
Kedah ā†“1135261824-617
Selangor ā†“1134452623316
Melaka Utd ā†“1134451817116
Sri Pahang134271720-314
Sarawak Utd ā†‘1144191535-2013
PJ City ā†“1132651522-712
Penang141491528-137

ā½Ā¹ā¾ https://axello.net/video-fifa-iktiraf-goal-seanaldo-sebagai-3-jaringan-tercantik-minggu-ini-layak-puskas/
ā½Ā²ā¾ https://grandstandkita.net/keputusan-meragukan-pengadil-liga-malaysia-sekali-lagi-jadi-sorotan-minggu-ini/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/721712545662327/

Tulis komen: