Sepatutnya hari ini hari Pi sedunia + berita lain minggu ini

Sabtu, 22 Julai 2023, 1:30 pm0

Sebab 22/7 = 3.142857142857143…

91ED879A-6FA8-4BB0-9670-7147FDCEFEE4-scaled.jpeg
Tapi kat Amerika sambut pada 14 Mac ⁽¹⁾.

Sebab format tarikh mereka, tulis bulan dahulu, baru hari. 3.14 = Mac 14. Ataupun mungkin ramai tak tahu bagaimana nombor pemalar tersebut diperoleh.

Walau bagaimanapun, biarlah hari tu jatuh, tak perlu sambut, macam tahun lalu ⁽²⁾ tak sambut pun hari kat Penang 😅.

BDA78836-26EE-47F1-A1A4-EABDED9163FB-scaled.jpeg
Bell Ngasri menang Bintang Paling Popular ABPBH semalam ⁽³⁾.

Dari kecil dah tengok Bell berlakon dalam pelbagai drama tv & filem, memegang pelbagai jenis watak, dan watak komedi adalah kekuatan utamanya, mengalahkan pelakon baru yang gelar diri raja lawak.

Saya sebenarnya tak tahu karakter Barkoba, tapi lebih mengenali Zamri dalam trilogi teledrama BTG. Lebih² lagi dalam Bedah Tong Gas Nak Raya, ada jugak watak ponteng puasa. Ni akibat bergaul dengan si Ucop lah ni, jutawan tikus 😆.

Kemenangan ini dikatakan bukti yang ramai mahukan artis yang dah lama dalam industri untuk mendapatkan pengiktirafan yang selayaknya. Tahun depan dah ada yang mula melobi ⁽⁴⁾ Abang Kool / Pak Kulop / Jalil Hamid untuk jadi bintang paling popular 😂.

9DD7140C-477F-4C73-B32E-0F3DFD258106.jpeg
Tesla dah masuk Malaysia secara rasmi kelmarin ⁽⁵⁾.

Model paling murah, Model Y Standard Range, RM199k. Banyak Tesla terpakai yang diiklankan kat mudah, harganya sekitar 260-290k, terpaksa potong harga ⁽⁶⁾ disebabkan berita ini. Daripada beli Tesla terpakai pada 260k, bagus beli baru harga 199k.

Ada juga terbaca dengan harga 199k ni, akan dapat Tesla spec kosong, lebih kurang macam Axia spec sekolah memandu. Kena tambah macam² barulah dapat pengalaman memandu Tesla yang sebenar 🤔.

Berkenaan elektrik buat masa sekarang, saya ada pendapat sendiri, tapi nanti saya tulis post di lain hari, malam ni ada final piala FA ⚽.

⁽¹⁾ https://www.pillsbury.com/recipes/triple-berry-pi-day-pie/e1a7c76c-cb8e-4a9b-97b7-a0b62aca45ad
⁽²⁾ https://azwan082.my/2022/07/sambutan-hari-sarawak-kat-penang/
⁽³⁾ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/07/1129705/rakyat-malaysia-pilih-bell-ngasri-bintang-paling-popular
⁽⁴⁾ https://web.facebook.com/publichealthmalaysia/posts/pfbid037kvZ3z3GViAjKEi3tWzN5WmWrF1iHeSvX5ZHspsG5i7Fz2nzx9yVZNyuHHYWNZdCl
⁽⁵⁾ https://paultan.org/2023/07/20/2023-tesla-model-y-now-in-malaysia-standard-range-rm199k-long-range-rm246k-performance-rm288k/
⁽⁶⁾ https://www.dsf.my/2023/07/tesla-used-prices-plummet-50-in-malaysia/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/949503556216557/

Tulis komen: