Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

MyTV mana2 tak ada app untuk AndroidTV

Rabu, 3 April 2024, 8:55 pm0

App MyTV yang ada kat Google Play hanya untuk phone & tablet.

Update Jun 2024: playlist MY sekarang dah dibuka untuk langganan → https://azwan082.my/post/16026

763478F3-9B16-461A-ACCF-402DFD88DEB6.jpeg
Tonton ada app, tapi kena login tu yang buat malas nak cuba.
E05B9224-C0E4-4B23-836A-70EF6F58326C.jpeg
RTMKlik pun ada app untuk saluran dari RTM.

Cuma cara pakai app tu lebih kepada cara pakai kat peranti mudah alih. Ada segmen saluran langsung TV (live TV) dan segmen video on-demand. Live TV pada RTMKlik tak ada panduan siaran (programming guide).

Berpandukan gambar di atas, bila tekan back button untuk keluar daripada app, ada keluar dialog begini, yang pada pendapat saya, kurang sesuai untuk peranti TV. Kalau peranti mudah alih, mungkin ok lagi sebab senang nak ketik pada skrin.

4C0B75BD-3862-49B0-9ABA-AEBCEBE91D61.jpeg
Saluran TV daripada MyTV & Tonton pada TiviMate, lengkap dengan panduan siaran.

Saya dalam proses membangunkan playlist IPTV untuk kesemua saluran MyTV & Tonton, lengkap dengan panduan siaran (programming guide) namun ia bakal disediakan sebagai perkhidmatan berbayar, kerana tugas untuk mengemaskini link playlist itu memerlukan kerja manual setiap hari.

Perkhidmatan ini dijangkakan akan tersedia dalam bulan ini, jadi bagi yang berminat untuk menggunakan playlist ini pada Android TV masing², ikuti perkembangan terkini melalui blog ini & akaun media sosial.

😎

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1092855748548003/

Tulis komen: