Channel MyTV kat TiviMate tunjuk error code 403, macam mana nak fix?

Sabtu, 24 Jun 2023, 9:30 am0

Berdasarkan statistik blog, ramai yang datang sebab nak tahu cara tengok kat .

Update: playlist IPTV lengkap dengan panduan siaran (programming guide) sedang dalam pembangunan → https://azwan082.my/post/15738

Dan saya ada tulis satu post berkenaannya semasa mula² pindah balik ke Penang dulu ⁽¹⁾.

D2EF270A-A5CC-422F-B3BB-2508DF2966EE-scaled.jpeg
Mula² pakai, semua channel dapat streaming dengan baik. Tapi lepas lama², sesetengah channel tunjuk error 403 atau 404.

Lepas saya kaji senarai streaming link yang ada dalam file m3u8 yang saya dapat dari github weareblahs, rupa²nya untuk channel dari RTM, kesemuanya menggunakan sumber dari RTMklik. Manakala channel Media Prima seperti TV3, 8TV, TV9 dan lain² dari website tonton.com.my.

Pada awalnya, saya suspect yang streaming link untuk channel Media Prima dah ada restriction, sebab kalau nak tengok kat tonton, kena login. Tapi bila test link tu kat VLC kat laptop, boleh jak buka, lancar lagi dia main.

Jadi kesimpulannya, saya rasa app TiviMate ini menyimpan output streaming link ini di dalam cache. Error code 403 atau 404 tu keluar sebab link yang TiviMate simpan dah outdated. Kalau nak clear cache tu kena beli premium TiviMate untuk unlock fungsi tersebut.

Bagi saya, cara alternatif adalah dengan men-delete playlist sedia ada, kemudian tambah balik playlist tu tadi. Nanti TiviMate akan download senarai streaming link yang baru.

7B9A54E1-DFFB-4036-A6C2-5C588074073B-scaled.jpeg
Reset playlist kat TiviMate.

Buka app TiviMate. Kat paparan senarai TV, tekan butang ke kiri 2 kali untuk buka side menu. Pilih Settings > Playlists > raw.githubusercontent.com > Delete playlist. Kena tekan ke bawah beberapa kali untuk paksa scroll ke bawah, baru dapat pilih ‘Delete playlist’.

Bagi yang dah pernah baca post terdahulu, akan tahu yang link m3u8 ini sangat panjang untuk ditaip menggunakan remote Android TV. Antara cara untuk selesaikan masalah ini adalah dengan menggunakan URL shortener seperti bit.ly, ataupun kalau malas nak buat, boleh gunakan link yang saya buatkan ini:

https://bit.ly/mytvmate

Lain kali kalau datang lagi error yang sama, kena reset lagi playlist ni. Benda free memang kena buat kerja ekstra 😆.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2022/01/cara-tengok-saluran-mytv-kat-android-tv/

Komentar (3):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/933530844480495/

Pingback: Cara tengok saluran MyTV kat Android TV

Najwa

13 Julai 2023, 2:16 am

thank yiuuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. mula2 sedih tibe2 xdapat view.
Nasib baik jumpa blog ni.

Rara

22 Julai 2023, 7:27 am

Tq sy hampur ptus harapan skli terbaca blog ni...sttle trus mslh tv sy tq tq

Tulis komen: