Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Kaunter bayaran dah lain + servis DasAuto

Khamis, 4 April 2024, 5:45 pm0

19922EE5-8833-473F-A5AB-1ED1A54BDB5F.jpeg
Tengahari tadi pergi soping barang dapur kat TF Value Mart, Balik Pulau.

Proses checkout & pembayaran dah jadi sedikit lain. Ada kira² 2 atau 3 kaunter dengan pekerja cashier, yang tugasnya hanya scan barang², kemudian bila nak bayar, kena pergi kiosk yang berasingan 🤔.

Kat kiosk tersebut, diasingkan kalau nak bayar secara tunai, atau guna kad / e-wallet. Lepas bayar, time keluar dari gate, ada guard ditugaskan untuk cop resit macam kat Mydin.

Selalunya kalau nak diadakan self-checkout counter, akan ada lorong cashier manual & kita bayar kat situ jugak, bukannya asing², tiba² kena bayar kat kiosk.

Dari segi efficiency, saya jangkakan bakal ada bottleneck kat kiosk pembayaran, terutamanya semasa waktu sibuk, waktu ramai orang datang sekaligus.

89A57C56-ED02-4350-A021-4F2162FBAFD1.jpeg
Servis minyak enjin awal sikit.

Dijadualkan tukar minyak enjin pada 126000+ km atau bulan Mei. Sekarang mileage ada 200 km lagi ke 126k, dah beberapa kali ke KL, baik servis awal ni sebab nanti raya pun nak jalan² lagi.

Ongkosnya:

  • Castrol Magnatec 10W40 – RM175
  • Oil filter – RM48
  • Alignment & balancing – RM35

P.s: kalau perhati dari jauh, blok enjin tu nampak macam senget, engine mounting dah out kah? 🧐

🚘

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1093362465163998/

Tulis komen: