Cara menonton saluran MyTV & TV negara jiran kat Android TV / Smart TV menggunakan OTT TV
Jumaat, 14 Jun 2024, 11:30 am0
Jadi anda telah membeli #AndroidTV / #smartTV baru, ada sambungan internet broadband fibre / #5G, tapi tak dapat signal TV digital la pulak, ini cara bagaimana nak tengok saluran TV / radio Malaysia, Brunei, Singapura & Indonesia menggunakan aplikasi #IPTV, OTT TV.
Apa itu IPTV?
Senang cakap, teknologi untuk menonton saluran TV menerusi penstriman internet.
Apa beza dengan TV digital?
TV digital tidak menggunakan sambungan internet, tapi disiarkan menerusi stesen pemancar & isyaratnya diterima menggunakan antena yang disambung kepada TV atau dekoder yang menyokong format DVB-T2.
Kenapa nak guna IPTV berbanding TV digital?
IPTV sesuai digunakan dalam situasi berikut:
- TV anda jenis smart TV / Android TV
- Anda telah mempunyai sambungan internet berkelajuan tinggi – broadband fibre atau 5G.
- Kediaman anda tak sampai isyarat TV digital.
- Anda tak ada / tak tahu / tak mahu pasang antena TV.
Selain itu, disebabkan IPTV menggunakan sambungan internet, jadi anda juga boleh menggunakan telefon pintar, tablet dan laptop untuk menonton TV menerusi teknologi IPTV.
Apa aplikasi untuk menonton IPTV?
Dalam artikel ini, saya memfokuskan kepada aplikasi yang digunakan pada peranti Android TV / smart TV, iaitu OTT TV. Anda boleh cari aplikasi ini di Google Play Store menggunakan kata kunci ‘ott tv’ & memasangnya dalam TV anda.
Aplikasi lain yang boleh anda gunakan adalah TiviMate ⁽¹⁾.
Macam mana cara guna OTT TV?
Aplikasi OTT TV berfungsi sebagai pemain (player) kepada siaran TV yang distrim. Senarai saluran TV pula disediakan dalam bentuk senarai main (playlist). Aplikasi ini tidak menyediakan playlist siaran IPTV.
Mana nak dapatkan playlist?
Di sini saya memperkenalkan produk langganan MY IPTV, perkhidmatan playlist IPTV yang menggabungkan saluran TV / radio dari Malaysia, Brunei, Singapura & Indonesia. Sumber siaran adalah dari website MyTV mana-mana, tonton, RTMKlik, RTBGo, mewatch & vidio.
Dengan menjadi pelanggan perkhidmatan ini, anda bukan sahaja mendapat akses kepada lebih 100 siaran TV & radio dari Malaysia, Brunei, Singapura & Indonesia, bahkan anda mendapat maklumat rancangan semasa (EPG), terutamanya siaran TV dari Malaysia.
Tiada pendaftaran diperlukan, melainkan e-mel dan alamat pengebilan anda semasa melakukan pembelian untuk tujuan mencipta pautan playlist khusus untuk anda.
Pakej langganan bermula dari tempoh sebulan sehingga setahun. Jika anda hanya mahu mencuba dahulu, boleh pilih pakej sebulan 👇.
Jika langganan anda telah aktif, anda hanya boleh memperbaharui atau melanjutkan langganan dalam tempoh 14 hari sebelum tarikh tamat.
Bagaimana nak guna playlist ini pada OTT TV?
Sedap teh buah ni + susu pisang terbaek
16 Jun 2024