Langit biru, hari nak hujan atau kemarau?
Selasa, 28 Februari 2023, 10:45 pm
Petang tadi baru ada hujan renyai² sikit kat Penang. Dengar berita kat bahagian selatan Sarawak – Kuching sampai Sri Aman – dah berhari² hujan sampai naik air #banjir.
Selasa, 28 Februari 2023, 10:45 pm
Petang tadi baru ada hujan renyai² sikit kat Penang. Dengar berita kat bahagian selatan Sarawak – Kuching sampai Sri Aman – dah berhari² hujan sampai naik air #banjir.
Dari semalam hingga hari ni, cuaca mendung, hujan sikit², pagi tadi kesejukan. Mungkin dipengaruhi #cuaca di pantai timur yang hujan maha lebat sampai banyak tempat banjir ⁽¹⁾.
Takda disambut, kerja hari ni, biar nya gugok jak 😅.
Seperti dijangka, GPS memenangi #pilihanraya kali ini dengan majoriti mudah, memperoleh 76 kerusi daripada 82 jumlah keseluruhan ⁽¹⁾. Dapatlah parti pemerintah meneruskan projek² pembangunan tanpa banyak bangkangan.
Letih badan petang semalam ‘main air’ #banjir 😆.
Hujan lebat turun tak henti² sejak 2 hari lalu, ditambah lagi dengan air pasang besar (king tide), lalu banjirlah tempat kami. Mujur #banjir kali ni air tak masuk ke dalam rumah. Tapi hari ni nampaknya masih hujan, tak tahulah macam mana petang nanti 😔.