Kena darurat perintah berkurung kat luar rumah emau ni 🤨

20 November 2020, 4:30 pm

Kena darurat perintah berkurung kat luar rumah #emau ni 🤨.

Selepas kawasan Parlimen Batu Sapi kat Sabah diisytihar darurat ⁽¹⁾, ada ura² mengatakan seluruh Sarawak pun mungkin akan dikenakan darurat, supaya #pilihanraya negeri dapat ditangguhkan ⁽²⁾.

Ini berikutan situasi kes jangkitan #Covid19 yang tak nampak akan menurun dalam masa terdekat. Sekarang dah dekat sebulan kes terbaru berlegar sekitar seribu lebih orang setiap hari.

Ini semua pasal pilihanraya negeri Sabah hujung September dulu, sekarang kes Covid-19 seluruh Malaysia tak kebah² lagi.

Pasal darurat ni, jangan risau sangatlah. Kehidupan masih macam biasa, tak ada pemerintahan ala tentera ⁽³⁾. Keputusan ni hanya supaya pilihanraya dapat ditangguh atau dibatalkan secara sah di sisi undang². #politik

⁽¹⁾ www.theborneopost.com/2020/11/18/agong-declares-emergency-for-batu-sapi-parliamentary-constituency
⁽²⁾ www.theborneopost.com/2020/11/20/king-empowered-to-declare-emergency-on-swak-to-defer-polls
⁽³⁾ www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/11/755682/darurat-batu-sapi-kehidupan-seperti-biasa-tiada-pemerintahan-ala

Pin It Send Copy Link

Hantaran sohor kini:

McDonald Trump, what we’re gonna do?

15 November 2020, 1:15 pm

McDonald Trump, what we’re gonna do?

Minggu lalu pada 7/11, Joe Biden telah diumumkan sebagai pemenang #pilihanraya presiden Amerika, selepas berjaya mengumpul 270 undi electoral ⁽¹⁾.

Donald Trump waktu tu baru nak pegi main golf, sempat lagi tweet kata dia yang sepatutnya menang ⁽²⁾.

China mulanya kata keputusan tersebut masih belum muktamad, baru mengucapkan tahniah kepada Joe Biden dua hari lalu ⁽³⁾.

Trump tak nak mengaku kalah, katanya pilihanraya kali ini ada penipuan ⁽⁴⁾.

Naib presiden, Mike Pence, pula mencanang cerita yang penggal kedua pentadbiran Trump akan diteruskan ⁽⁵⁾.

Trump mula menggantikan jawatan di Pentagon dengan penyokong setianya, mencetuskan kebimbangan Trump akan menjadi diktator ⁽⁶⁾.

Semalam, penyokong Trump berkumpul beramai² waktu Covid-19 sekarang ni untuk membantah keputusan pilihanraya ⁽⁷⁾.

Presiden borek, rakyat rintik 🤷🏻‍♂️.

So,

🎶 Donald Trump, what we’re gonna do?
🎶 Inject him with the fruit bat poo
🎶 Inject him with the fruit, bat, poo~

⁽¹⁾ apnews.com/article/media-calls-joe-biden-winner-bee69f9d1d32e84d68e6164ea956e67a
⁽²⁾ www.washingtonpost.com/nation/2020/11/10/photographers-trump-golfing-election
⁽³⁾ www.nst.com.my/world/world/2020/11/640853/china-finally-sends-congratulations-biden-election-win
⁽⁴⁾ edition.cnn.com/2020/11/13/politics/transition-agencies-wait-biden/index.html
⁽⁵⁾ www.businessinsider.com/pence-trump-to-be-in-place-for-4-more-years-2020-11
⁽⁶⁾ www.businessinsider.com/trump-installs-loyalists-at-the-pentagon-officials-sound-alarm-2020-11
⁽⁷⁾ www.npr.org/2020/11/14/934957728/trump-supporters-descend-on-d-c-for-events-contesting-election-results
Gambar: www.washingtonpost.com/nation/2020/11/10/photographers-trump-golfing-election, edition.cnn.com/2020/11/07/politics/joe-biden-wins-us-presidential-election/index.html, www.insider.com/borat-2-sacha-baron-cohen-shares-angry-protestor-footage-2020-10

#politik

Pin It Send Copy Link

Persidangan Parlimen dipendekkan + statistik Covid19 sejak 9 hari lalu

2 November 2020, 7:05 pm

Persidangan Parlimen dipendekkan + statistik #Covid19 sejak 9 hari lalu.

Mesyuarat ke-3, penggal ke-3 Parlimen ke-14 hari ini ditangguhkan pada 1 petang & akan bersambung semula esok 10 pagi. Ini disebabkan pegawai salah seorang senator Dewan Negara dikesan positif Covid-19 ⁽¹⁾. #politik

24/10 – 1228 kes baru, 7 kematian, 671 pulih
25/10 – 823 kes baru, 8 kematian, 579 pulih
26/10 – 1240 kes baru ‼️, 7 kematian, 691 pulih
27/10 – 835 kes baru, 2 kematian, 674 pulih
28/10 – 801 kes baru, 8 kematian, 573 pulih
29/10 – 649 kes baru, 0 kematian, 685 pulih
30/10 – 799 kes baru, 3 kematian, 491 pulih
31/10 – 659 kes baru, 0 kematian, 1000 pulih
1/11 – 957 kes baru, 0 kematian, 972 pulih
2/11 – 834 kes baru, 2 kematian, 900 pulih

Sebulan lalu kes meningkat sekitar 200-300 orang sehari, pastu tiba² meningkat hingga 800 lebih sehari, ramai orang mula panik & risau. Sekarang dah dekat sebulan kes tak turun² di bawah 700 kes sehari, orang ramai nampak dah kurang risau. Politikus pun gaduh² nak adakan #pilihanraya ⁽²⁾. Selebriti nak berparti² macam ‘normal’ ⁽³⁾. Agaknya satu lagi normal baharu ialah:

😳 “800 lebih orang dijangkiti kobid?”
😨 “Sekolah tutup?”
😱 “Sekatan jalan raya?”
😒 “Biasa la tu…”

⁽¹⁾ twitter.com/SenatorRasAdiba/status/1322795941062008833
⁽²⁾ www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-teliti-sop-ketat-prk-batu-sapi-prn-sarawak-perdana-menteri-266148
⁽³⁾ www.theguardian.com/lifeandstyle/2020/oct/28/kim-kardashian-west-tweets-birthday-party-private-island

Pin It Send Copy Link

Menang sorak, kampung tergadai?

27 September 2020, 10:50 am

Menang sorak, kampung tergadai?

Dalam #pilihanraya negeri Sabah semalam, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Majoriti mudah diperoleh daripada 38 kerusi yang dimenangi oleh parti² komponen iaitu Perikatan Nasional (PN) – 17 kerusi, Barisan Nasional (BN) – 14 kerusi dan Parti Bersatu Sabah (PBS) – 7 kerusi.

Warisan Plus pula hanya memenangi 32 kerusi, lima kerusi lagi baru dapat majoriti, daripada parti² komponen iaitu Parti Warisan Sabah (Warisan) – 29 kerusi, United Progressive Kinabalu Organisation (UPKO) – 1 kerusi dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) – 2 kerusi.

Selebihnya dimenangi 3 calon bebas ⁽¹⁾. #politik

Dalam kehangatan pilihan raya, isu utama yang dikhuatiri ialah kes #Covid19 yang tinggi di Sabah. Terdapat beberapa kes positif di Malaya yang dikesan daripada individu yang baru tiba dari Sabah ⁽²⁾. Sarawak juga dalam keadaan berjaga² kerana ramai akan balik dari Sabah, terutamanya anggota polis yang bertugas di zon merah di sana ⁽³⁾.

Oleh itu, semua yang baru pulang dari Sabah dikehendaki menjalani kuarantin, walaupun tak ada simptom demam², selsema dan batuk². Duduk rumah 14 hari.

⁽¹⁾ www.facebook.com/bernamaofficial/photos/pcb.10158954405615555/10158954405280555
⁽²⁾ www.facebook.com/publichealthmalaysia/posts/2752054195084435
⁽³⁾ www.theborneopost.com/2020/09/25/sarawak-enters-state-of-red-alert-as-it-expects-more-to-return-from-sabah-after-polling-day

Pin It Send Copy Link

Harga petrol minggu ke-4 September 2020 + Petronas bayar cukai SST

19 September 2020, 9:35 am

Harga petrol minggu ke-4 September 2020 + Petronas bayar cukai SST.

Dua hari lalu akhirnya kerajaan Sarawak menerima bayaran cukai jualan ke atas produk petroleum untuk tahun 2019 daripada #Petronas yang berjumlah RM2.95 billion ⁽¹⁾.

Untuk perbandingan, dengan duit sebanyak tu, kerajaan Sarawak mampu bina 26 buah jambatan yang sama panjang seperti Jambatan Batang Samarahan ⁽²⁾. Kita tengok nanti, adakah digunakan untuk pembangunan, ataupun untuk belanja kempen #pilihanraya 😏.

🟡 RON 95 – 1.63 (-0.03)
🟢 RON 97 – 1.93 (-0.03)
⚫️ Diesel – 1.67 (-0.05)

#hargapetrol

⁽¹⁾ www.theborneopost.com/2020/09/17/finally-petronas-pays-rm2-95-bln-to-sarawak-for-2019-sst
⁽²⁾ www.utusanborneo.com.my/2018/06/09/jambatan-batang-samarahan-dibuka-kepada-orang-ramai

Pin It Send Copy Link

Belum daftar pengundi? Ini cara untuk daftar SPR secara online

10 September 2020, 11:40 am

Belum daftar pengundi? Ini cara untuk daftar SPR secara online.

Seramai 4.2 juta orang rakyat Malaysia masih belum berdaftar sebagai pengundi ⁽¹⁾. Dah ramai yang menyeru untuk pergi daftar, tak kurang juga yang menuding jari di atas statistik yang membimbangkan ini. Saya di sini cuma nak tolong tunjuk cara bagaimana nak kurangkan bilangan yang belum berdaftar ini, iaitu dengan mendaftar secara online.

Bagi yang belum tahu, sekarang dah boleh mendaftar sebagai pengundi secara online, di mysprdaftar.spr.gov.my/daftar. Mula² daftar akaun dengan MySPR. Isikan saja butiran diri dalam borang tersebut, dan pastikan maklumat sama seperti di dalam kad pengenalan, terutamanya setiap baris alamat rumah.

Pastikan nombor telefon yang anda isi adalah betul dan aktif, kalau tak ada nombor telefon, pastikan alamat e-mel adalah betul dan dapat anda akses, sebab nanti nombor TAC akan di-SMS ke nombor telefon, atau dihantar ke inbox e-mel.

Kemudian, anda perlu mengambil gambar kad pengenalan, dan juga gambar swafoto anda sambil menunjukkan kad pengenalan anda. Pastikan kedua² gambar adalah jelas, tulisan kat IC nampak, boleh dibaca, dan wajah anda terang, sebaiknya menghadap ke arah tingkap atau pintu supaya wajah diterangi cahaya luar.

Selepas mendaftar akaun dengan MySPR, dan mendapat TAC, log masuk ke portal MySPR tersebut, dan isikan borang A. Dalam borang A, isi butiran diri lebih kurang macam borang daftar MySPR, dan anda perlu mendapatkan seorang saksi. Saksi ini kena mengisi maklumat diri termasuk alamat rumah sama seperti dalam kad pengenalannya. Lepas semua butiran dah lengkap, boleh hantar borang dengan mengklik butang ‘Hantar’.

Selepas borang A dihantar, nama anda akan diproses mengikut Peraturan² Pilihan Raya Pendaftaran Pemilih 2002. Pemerakuan nama tertakluk kepada tempoh pewartaan yang mengambil masa 3-5 bulan. Nama anda akan dipamerkan di Rang Daftar Pemilih Tambahan selama 14 hari pada bulan yang telah ditetapkan, berdasarkan suku tahun bila anda mendaftar. Sekiranya tiada bantahan, nama anda akan diperakukan sebagai pemilih yang sah pada bulan berikutnya. Rujuk jadual di bawah:

Suku 1 (1 Januari – 31 Mac)
• Pameran rang daftar pemilihan tambahan = April
• Pemerakuan = Mei

Suku 2 (1 April – 30 Jun)
• Pameran rang daftar pemilihan tambahan = Julai
• Pemerakuan = Ogos

Suku 3 (1 Julai – 30 September)
• Pameran rang daftar pemilihan tambahan = Oktober
• Pemerakuan = November

Suku 4 (1 Oktober – 31 Disember)
• Pameran rang daftar pemilihan tambahan = Januari
• Pemerakuan = Februari

🎶 Marilah mari, pergi mengundi. Tunaikan kewajipan, tolak rasuah.

⁽¹⁾ www.sinarharian.com.my/article/100343/BERITA/Nasional/42-juta-rakyat-Malaysia-belum-daftar-sebagai-pengundi

#politik #undi #pilihanraya

Pin It Send Copy Link