Gaya tidur apa emau ni?
Ni namanya gaya tidur ngegeh nak curi makan ikan goreng atas meja 😸.
Ni namanya gaya tidur ngegeh nak curi makan ikan goreng atas meja 😸.
Si nuning #emau ni sensitif dengan bau goreng, apa² masakan bergoreng dia nak mintak, lebih² lagi bau ikan goreng, tu favourite dia sampai nak curi dari atas meja. Yang ni dia tercium bau ikan kat kuah laksa, bila diberi, buat tak tau pulak 😒.
Si kecil ni sangat aktif, suka bermain, berekot merata tempat, gigit² tangan tapi kuku dia masih tajam, pastu suka kacau bubu & nuning tapi ada juga kena tampar sikit oleh diorang 😹.
“Eh, budak² setan, kau belum tidur lagi!?”
Crepuscular bermaksud aktif di waktu twilight, iaitu tempoh waktu senja (matahari terbenam) dan tempoh waktu fajar (matahari terbit). Tidak seperti sangkaan ramai, kucing bukanlah nocturnal, iaitu aktif di waktu malam. Manusia pula diurnal, bermaksud aktif di waktu siang.
Dia tengah menunggu kalau ada sisa² yang terjatuh dari tepi meja 😭.
Esok hari nak #raya, objek hitam ni mungkin akan membiak waktu orang beraya nanti. Ramalan awal 4 ekor anak #emau mungkin meleset, tengok saiz perut mungkin 6 ekor atau lebih 😱.
Waktu kecil dulu selalu perhatikan cara kucing #emau minum air dengan menjilat² air. Pastu cuba sendiri guna lidah minum air dari gelas 😂.
Si #emau nuning: Bos, air filter dah kotor, mau tukar.
Si itam #emau ni ganas tol rupa muka dia, tapi sebenarnya kucing betina. Tengok rupa mungkin hari raya nanti dia beranak. Besar perut dia ni, saya teka anak dia nanti mungkin 4 ekor. Selalunya orang check berapa banyak puting susu kucing ni yang kembang, banyak tu lah anak dia nanti 😸.