#emau
PKP seluruh negara dilanjutkan hingga 18/2/2021

PKP seluruh negara dilanjutkan hingga 18/2/2021.
#MCO di semua negeri & wilayah persekutuan kecuali Sarawak yang dijadualkan tamat hari ini, dilanjutkan hingga 18 Februari ⁽¹⁾.
Aktiviti merentas negeri masih lagi dilarang, termasuk aktiviti sosial yang melibatkan orang ramai berkumpul di satu tempat. Sebab ia antara aktiviti yang menyumbang kepada penyebaran penyakit Covid-19 ke merata tempat ⁽²⁾.
Bagi Sarawak pula, seperti di post sebelum ini (azwan082.my/post/11010), seluruh negeri dikenakan PKPB mengikut zon² tertentu, kecuali zon Sibu kena PKP, sehingga 14 Februari ⁽³⁾. Manakala zon Kapit pula dikenakan PKP sehingga 15 Februari ⁽⁴⁾.
Tak dapat la nak sambut Gong Xi Fa Cai dengan Valentine’s Day. Tak payah sambut, biar nya gugok 😅.
#emau si bubu tak senang duduk asyik kena kurung dalam ‘banglo’ 😹.
⁽¹⁾ www.facebook.com/1452870318149203/posts/3121643597938525
⁽²⁾ www.astroawani.com/berita-malaysia/pkp-20-disambung-hingga-18-februari-rentas-negeri-aktiviti-sosial-masih-tidak-dibenarkan-280928
⁽³⁾ www.facebook.com/SarawakDisasterInfo/posts/747562872623150
⁽⁴⁾ www.facebook.com/SarawakDisasterInfo/posts/749640465748724
Hari ini dalam sejarah:
Topik hangat:
Hantaran sohor kini:
Tak ramai orang ambil gambar mural ni

Tak ramai orang ambil gambar mural ni.
Ini salah satu #mural #emau yang terdapat di bandaraya Kuching, yang terletak di kawasan City Square, antara Jalan Kwong Lee Bank & Jalan Pending.
Bangunan di mana mural ini dilukis pun nampak terbiar kosong 😱.
Di dalam mural ini terdapat 7 jenis baka kucing, dan juga lukisan wanita berpakaian tradisional kaum Bidayuh.
—
#hargapetrol minggu ke-1 Februari 2021:
🟡 RON 95 – 1.90 (0.00)
🟢 RON 97 – 2.20 (0.00)
⚫️ Diesel – 2.07 (-0.02)
Kucing kerja Grab + PKPB seluruh Sarawak

Kucing kerja Grab + PKPB seluruh Sarawak.
Kegawatan ekonomi sekarang, sampai #emau pun kerja Grab 😹.
—
Hari ni bermula PKPB / #MCO bersyarat seluruh Sarawak hingga 31 Januari ⁽¹⁾. Kecuali Zon Sibu (merangkumi Sibu, Kanowit & Selangau) yang kekal dengan PKP. Kuching, Samarahan & Serian masih dalam satu zon (Zon Kuching) ⁽²⁾, jadi masih bolehlah ke kebun ni 😁.
Saya jangkakan PKP kali ini akan berlarutan hingga bulan Mac 🧐.
⁽¹⁾ www.utusanborneo.com.my/2021/01/16/pkpb-seluruh-sarawak-sibu-kekal-pkp
⁽²⁾ www.facebook.com/242460379800071/posts/742404526472318
Ini namanya Si Venom
Ini namanya Si Venom.
Kucing kakak saya, ada banyak nama, saya tak dapat nak ingat setiap satu 😅. Saya senang panggil #emau ikut warna bulu: si itam, si nuning, si snowy, si kotor (?) 😂.
Si Venom ni bukan jantan dominan, atau alpha-male, jadi selalulah kena ‘ngap’ oleh kucing jantan yang lebih gangster. Dah la dia sudah dimandulkan.

① – Ini dia membulatkan diri atas bantal lepas dimandikan lepas kena ‘ngap’ awal pagi 😆.

② – Lepas tu, dah rasa selesa kena urut², sampai terjelir lidah dia tertido 🤣.

③ – Kesian si Venom, nah bagi makan tuna satu tin besar 🙀.
—
Isnin pertama tahun baru, dah check dividen ASB? Dah dapat sinaran KWSP? 💸
Satu kerusi di meja makan reserve untuk nuning emau, favourite dia ikan goreng. Apa² goreng mesti sedap
Semalam dapat makan kulit ayam goreng, dah lama asyik makan biskut kering emau jak
Penampakan lembaga catman bertenggek atas atap
Kena darurat perintah berkurung kat luar rumah emau ni 🤨

Kena darurat perintah berkurung kat luar rumah #emau ni 🤨.
Selepas kawasan Parlimen Batu Sapi kat Sabah diisytihar darurat ⁽¹⁾, ada ura² mengatakan seluruh Sarawak pun mungkin akan dikenakan darurat, supaya #pilihanraya negeri dapat ditangguhkan ⁽²⁾.
Ini berikutan situasi kes jangkitan #Covid19 yang tak nampak akan menurun dalam masa terdekat. Sekarang dah dekat sebulan kes terbaru berlegar sekitar seribu lebih orang setiap hari.
Ini semua pasal pilihanraya negeri Sabah hujung September dulu, sekarang kes Covid-19 seluruh Malaysia tak kebah² lagi.
Pasal darurat ni, jangan risau sangatlah. Kehidupan masih macam biasa, tak ada pemerintahan ala tentera ⁽³⁾. Keputusan ni hanya supaya pilihanraya dapat ditangguh atau dibatalkan secara sah di sisi undang². #politik
⁽¹⁾ www.theborneopost.com/2020/11/18/agong-declares-emergency-for-batu-sapi-parliamentary-constituency
⁽²⁾ www.theborneopost.com/2020/11/20/king-empowered-to-declare-emergency-on-swak-to-defer-polls
⁽³⁾ www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/11/755682/darurat-batu-sapi-kehidupan-seperti-biasa-tiada-pemerintahan-ala