Keputusan perlawanan terakhir ke-11 Liga Malaysia 2020.

12 October 2020, 11:30 am

Keputusan perlawanan terakhir ke-11 Liga Malaysia 2020.

Minggu ni tak sempat nak tengok mana² perlawanan, tengah sibuk menyukat jalan 😆, lagi pun dah tahu JDT juara Liga Super. Cuma Kedah & Perak yang berebut tempat ke Piala AFC. Kedah cuma perlu seri dan Perak mesti menang. Akhirnya nasib menyebelahi Kedah selepas menang mengatasi Perak.

10/10
Melaka Utd 0 – 5 JDT
PJ City 4 – 1 PDRM
Selangor 6 – 1 Felda Utd

11/10
Terengganu 2 – 1 Pahang
Perak 2 – 3 Kedah

Kedudukan carta #LigaSuper2020

JDT – 9|2|0 [25] – 29
Kedah – 7|1|3 [7] – 22
Terengganu – 6|1|4 [10] – 19 (↑1)
Perak – 5|3|3 [2] – 18 (↓1)
Selangor – 4|5|2 [7] – 17
PJ City – 3|5|3 [1] – 14 (↑3)
Pahang – 4|2|5 [0] – 14 (↓1)
UiTM – 4|2|4 [-1] – 14 (↓1)
Melaka Utd – 4|2|5 [-3] – 11 (↓1)
Sabah – 2|3|5 [-9] – 9
Felda Utd – 1|4|6 [-15] – 7
PDRM – 0|2|9 [-24] – -1

#LigaMalaysia

Pin It Send

Hantaran sohor kini:

Keputusan perlawanan ke-10 Liga Malaysia 2020.

6 October 2020, 11:20 am

Keputusan perlawanan ke-10 Liga Malaysia 2020.

JDT vs Sabah – Selepas keeper Sabah ditukar, terus masuk 2 gol mudah. Dengan kemenangan ini JDT sah menjuarai Liga Super untuk kali ke-7 berturut² ⁽¹⁾. Keesokan harinya, Safawi Rasid terus berhijrah ke kelab Portimonense SC dalam Liga Primeira Portugal ⁽²⁾.

Pahang vs Perak – Berapa banyak kad kuning daa, 7 kad! Pahang memberi hantaran 3 gol pada separuh masa pertama, dan Perak membalas balik dengan 3 gol pada separuh masa kedua. Gol daripada J. Partiban menarik. Gol pertama Perak, lencongan secara teliti tepat menerjah penjuru atas gol Pahang. Gol ke-3 Perak pula daripada sepakan lambung Partiban, terkena palang gol, memantul ke badan keeper & masuk gol.

Game ni mengingatkan kembali final UEFA Champions League 2005 di mana Liverpool buat comeback selepas ketinggalan kepada AC Milan dengan 3 gol, sebelum menang menerusi penalty shootout.

2/10
UiTM 2 – 4 PJ City
JDT 4 – 1 Sabah

3/10
Pahang 3 – 3 Perak
Felda Utd 0 – 3 Terengganu
PDRM 0 – 7 Selangor

5/10
Kedah 1 – 0 Melaka Utd

Kedudukan terkini #LigaSuper2020

JDT – 8|2|0 [20] – 26
Kedah – 6|1|3 [6] – 19 (↑1)
Perak – 5|3|2 [3] – 18 (↓1)
Terengganu – 5|1|4 [9] – 16 (↑1)
Selangor – 3|5|2 [2] – 14 (↑3)
Pahang – 4|2|4 [1] – 14
UiTM – 4|2|4 [-1] – 14 (↓3)
Melaka Utd – 4|2|4 [2] – 11 (↓1)
PJ City – 2|5|3 [-2] – 11 (↑1)
Sabah – 2|3|5 [-9] – 9 (↓1)
Felda Utd – 1|4|5 [-10] – 7
PDRM – 0|2|8 [-21] – -1

Nota: Melaka Utd & PDRM ditolak 3 mata.
#LigaMalaysia

⁽¹⁾ www.hmetro.com.my/utama/2020/10/626750/jdt-juara-liga-super-musim-ke-7-berturut-turut
⁽²⁾ www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/posts/1824183051078319

Pin It Send

Keputusan perlawanan ke-9 Liga Malaysia 2020.

28 September 2020, 11:55 am

Keputusan perlawanan ke-9 Liga Malaysia 2020.

PJ City vs JDT – Kredit diberikan kepada keeper PJ City, Kalamullah Al-Hafiz kerana berjaya mengekang beberapa percubaan dan sepakan percuma dari JDT. Kalau minggu lalu keeper Selangor dah lama tak diturunkan dan mungkin tidak bersedia, kali ni keeper PJ City sudah bersedia menghadap sepakan percuma Safawi Rasid. Padang yang basah & kesediaan pemain PJ City antara faktor JDT sukar untuk mendapatkan gol kemenangan.

25/9
PJ City 2 – 2 JDT
Terengganu 4 – 0 PDRM
Perak 5 – 1 Felda Utd

26/9
Selangor 3 – 3 UiTM
Pahang 2 – 1 Kedah

27/9
Sabah 3 – 2 Melaka Utd

Kedudukan terkini #LigaSuper2020:

JDT – 7|2|0 [17] – 23
Perak – 5|2|2 [3] – 17 (↑1)
Kedah – 5|1|3 [5] – 16 (↓1)
UiTM – 4|2|3 [1] – 14
Terengganu – 4|1|4 [6] – 13 (↑1)
Pahang – 4|1|4 [1] – 13 (↑1)
Melaka Utd – 4|2|3 [3] – 11 (↓2)
Selangor – 2|5|2 [-5] – 11
Sabah – 2|3|4 [-6] – 9 (↑2)
PJ City – 1|5|3 [-4] – 8
Felda Utd – 1|4|4 [-7] – 7 (↓2)
PDRM – 0|2|7 [-14] – -1

#LigaMalaysia

Pin It Send

Keputusan perlawanan ke-8 Liga Malaysia 2020.

22 September 2020, 10:11 am

Keputusan perlawanan ke-8 Liga Malaysia 2020.

JDT vs Selangor – pada separuh masa pertama, formasi Selangor adalah teratur dan kompak, serta high pressing menyebabkan JDT terkial² nak mencari jaringan. Hanya ada sedikit percubaan on-target, dan hanya satu jaringan dihasilkan daripada sepakan percuma Safawi Rasid. Keeper Selangor, Farizal Harun, yang lama tidak diturunkan dalam kesebelasan utama, bergantung sepenuhnya kepada benteng pertahanan, gagal untuk meneka arah sepakan Safawi.

Separuh masa kedua, untuk gol kedua agak kontroversi, penalti diberikan walaupun Diogo dilihat dijatuhkan di luar kotak penalti. Kemudian, selepas gol ke-3 oleh Diogo, Selangor nampak hilang fokus, menyebabkan JDT menambah gol ke-4 oleh Gonzalo Cabrera. Ramadhan Saifullah yang masuk sebagai pemain gantian, terus menambah gol JDT yang ke-5 dan 6 selang 4 minit. Gol ke-6 tu rasanya boleh jadi calon Puskas award? 😎

Baru semalam, jurulatih Selangor, B. Sathianathan telah dipecat susulan kekalahan besar ini.

19/9
JDT 6 – 1 Selangor
UiTM 2 – 1 Terengganu

20/9
PDRM 0 – 2 Perak
Felda Utd 2 – 1 Pahang
Melaka Utd 0 – 0 PJ City

21/9
Kedah 3 – 1 Sabah

Kedudukan semasa #LigaSuper2020:

JDT – 7|1|0 [17] – 22
Kedah – 5|1|2 [6] – 16
Perak – 4|2|2 [-1] – 14
UiTM – 4|1|3 [1] – 13 (↑3)
Melaka Utd – 4|2|2 [4] – 11 (↓1)
Terengganu – 3|1|4 [2] – 10 (↓1)
Pahang – 3|1|4 [0] – 10 (↑1)
Selangor – 2|4|2 [-5] – 10 (↓2)
Felda Utd – 1|4|3 [-3] – 7
PJ City – 1|4|3 [-4] – 7
Sabah – 1|3|4 [-7] – 6
PDRM – 0|2|6 [-10] – -1

#LigaMalaysia

Pin It Send

Keputusan perlawanan ke-7 Liga Malaysia 2020.

13 September 2020, 11:00 am

Keputusan perlawanan ke-7 Liga Malaysia 2020.

Hanya tinggal 4 perlawanan saja lagi untuk musim ini. Disebabkan pandemik Covid-19, #LigaMalaysia tahun ini dipendekkan tanpa ada perlawanan timbal balik. JDT yang sedang mendahului liga dengan 6 mata di hadapan Kedah, ada harapan untuk menjadi juara lagi.

Kedua² game di bawah saya hanya sempat tonton bermula pada separuh masa kedua:

Terengganu vs JDT – Pada awal permainan, pertahanan Terengganu banyak buat kesilapan sehingga memberi peluang kepada Safawi Rasid untuk menjaringkan gol tunggal untuk JDT. Selepas itu, Terengganu meningkatkan kualiti pertahanan, JDT gagal untuk menambah jaringan.

Felda Utd vs Kedah – Bola tidak ditangkap kemas oleh keeper Felda sehingga menghasilkan gol kemenangan untuk Kedah. Pemain Felda menuntut sepakan penalti sehingga 5 kali tapi tak dilayan pengadil, boleh nampak beberapa kali bola terkena tangan pemain Kedah.

11/9
Perak 1 – 0 UiTM
Selangor 1 – 1 Melaka Utd
Terengganu 0 – 1 JDT

12/9
Felda Utd 1 – 2 Kedah
Pahang 2 – 1 PDRM
PJ City 1 – 1 Sabah

Kedudukan terkini #LigaSuper2020:

JDT – 6|1|0 [12] – 19
Kedah – 4|1|2 [4] – 13 (↑1)
Perak – 3|2|2 [-3] – 11 (↑4)
Melaka Utd – 4|1|2 [4] – 10 (↑1)
Terengganu – 3|1|3 [3] – 10 (↓3)
Selangor – 2|4|1 [0] – 10
UiTM – 3|1|3 [0] – 10 (↓3)
Pahang – 3|0|4 [0]- 9
Felda Utd – 1|3|3 [-3] – 6
PJ City – 1|3|3 [-4] – 6
Sabah – 1|3|3 [-5] – 6
PDRM – 0|2|5 [-8] – -1

Pin It Send

Keputusan perlawanan ke-6 Liga Malaysia 2020.

6 September 2020, 10:40 am

Keputusan perlawanan ke-6 Liga Malaysia 2020.

Minggu ni sempat tengok full match dua game berikut:

JDT vs Perak – kekalahan terbesar Perak sepanjang berada dalam saingan Liga Super. JDT tak melepaskan peluang melebarkan perbezaan gol. Waktu gol ke-4 tu, macam ada sesuatu yang membentes kaki keeper Perak sehingga terjatuh dan membiarkan bola melambung masuk gawang 😱.

Kedah vs PJ City – semasa kedudukan satu sama, pemain no. 5 PJ City hampir² gol sendiri. Nasib baik takda VAR, kalau tak, dah kira 3 gol Kedah.

4/9
Sabah 1 – 2 Selangor
JDT 7 – 0 Perak
Melaka Utd 1 – 0 Terengganu

5/9
Kedah 2 – 1 PJ City
PRDM 1 – 1 Felda Utd
UiTM 1 – 0 Pahang

Kedudukan semasa #LigaSuper2020 #LigaMalaysia

JDT – 5|1|0 [11] – 16
Terengganu – 3|1|2 [4] – 10
Kedah – 3|1|2 [3] – 10 (↑1)
UiTM – 3|1|2 [1] – 10 (↑1)
Melaka Utd – 4|0|2 [4] – 9 (↑1)
Selangor – 2|3|1 [0] – 9 (↑2)
Perak – 2|2|2 [-4] – 8 (↓4)
Pahang – 2|0|4 [-1] – 6 (↓1)
Felda Utd – 1|3|2 [-2] – 6
PJ City – 1|2|3 [-4] – 5
Sabah – 1|2|3 [-5] – 5
PDRM – 0|2|4 [-7] – -1

Pin It Send

Liga Malaysia bersambung lepas 5 bulan terhenti.

30 August 2020, 1:55 pm

Liga Malaysia bersambung lepas 5 bulan terhenti.

Sebelum ni saya tengok game #LigaMalaysia kat TV saja, tapi buat masa sekarang, aerial TV masih belum habis pasang lagi, jadi #MyTV ni belum dapat guna lagi. Nasib baik Chromecast dah dapat pakai balik.

Saya baru tahu yang channel Unifi kat Youtube (www.youtube.com/channel/UCIwyESkw2cF4zqXC-a5_6Hg) ada buat live game. Jadi saya cast live video dari Youtube ke Chromecast untuk tengok kat TV.

Saya sempat tengok 2 match:

• Pahang vs JDT – Farizal Marlias (keeper) nak gelecek striker Pahang (Faisal Halim)? 😂
• PDRM vs Kedah – tak fokus tengok game, tengok separuh masa saja, tengah busy 😅.

Berikut adalah keputusan perlawanan minggu ini:

22/8
PJ City 0 – 2 Terengganu

28/8
Pahang 2 – 3 JDT
Felda Utd 0 – 1 UiTM
Perak 0 – 1 Melaka Utd

29/8
PDRM 0 – 2 Kedah FA
Terengganu 4 – 0 Sabah
Selangor 0 – 0 PJ City

Kedudukan semasa #LigaSuper2020:

JDT – 4|1|0 – 13
Terengganu – 3|1|1 – 10 (↑7)
Perak – 2|2|1 – 8 (↓1)
Kedah – 2|1|2 – 7 (↑4)
UiTM – 2|1|2 – 7 (↑5)
Melaka Utd – 3|0|2 – 6 (↓3)
Pahang – 2|0|3 – 6 (↓3)
Selangor – 1|3|1 – 6 (↓1)
Felda Utd – 1|2|2 – 5 (↓3)
PJ City – 1|2|2 – 5 (↑1)
Sabah – 1|2|2 – 5 (↓6)
PDRM – 0|1|4 – -2

Pin It Send

Dah 2 minggu liga bola sepak Malaysia terhenti disebabkan pandemik Covid19.

28 March 2020, 7:10 pm

Dah 2 minggu liga bola sepak Malaysia terhenti disebabkan pandemik #Covid19. Siaran ulangan kat RTM Sports dah berkali² tengok sampai naik boring. Terfikir pulak nanti bila liga dah bersambung nak buat posting laporan keputusan perlawanan menggunakan hashtag #LigaMalaysia. Sekarang baru ada 4-5 jumlah perlawanan, nanti² dpt tengok balik perkembangan liga, dari mula sampai ada pemenang.

Sementara itu, kita lihat kembali kedudukan semasa dalam #LigaSuper2020:

<pasukan> – <menang>|<seri>|<kalah> (<perbezaan gol>) – <mata>

JDT – 3|1|0 (3) – 10
Perak – 2|2|0 (4) – 8
Melaka Utd – 2|0|2 (2) – 6
Pahang – 2|0|2 (1) – 6
Sabah – 1|2|1 (0) – 5
Felda – 1|2|1 (-1) – 5
Selangor – 1|2|1 (-1) – 5
Kedah – 1|1|2 (0) – 4
Terengganu – 1|1|1 (-1) – 4
UITM – 1|1|2 (-1) – 4
PJ City – 1|1|1 (-1) – 4
PDRM – 0|1|3 (-5) – -2

Pasukan PDRM kena hukum potong 3 mata disebabkan gagal menyelesaikan masalah tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan.

Aik, mana team Sarawak 🧐🤨?

Adoi, masih kat liga perdana. Jom lihat kedudukan utk #LigaPerdana2020 pulak:

T-Team – 4|0|0 (5) – 12
Kelantan Utd – 3|0|1 (3) – 9
Pulau Pinang – 2|2|0 (5) – 8
Kuala Lumpur – 2|2|0 (3) – 8
PKNS – 2|0|2 (-2) – 6
Kelantan – 1|2|1 (1) – 5
JDT II – 1|2|1 (-1) – 5
UKM – 1|2|1 (-1) – 5
Sarawak – 1|0|3 (-1) – 3
Negeri Sembilan – 1|0|3 (-5) – 3
Kuching – 0|1|3 (-3) – 1
PKNP – 0|1|3 (-4) – 1

Pin It Send