Isnin, 12 Oktober 2020, 11:30 am
Keputusan perlawanan terakhir ke-11 Liga Malaysia 2020.
Minggu ni tak sempat nak tengok mana² perlawanan, tengah sibuk menyukat jalan
, lagi pun dah tahu JDT juara Liga Super. Cuma Kedah & Perak yang berebut tempat ke Piala AFC. Kedah cuma perlu seri dan Perak mesti menang. Akhirnya nasib menyebelahi Kedah selepas menang mengatasi Perak.
Baca penuh ↓
Pada hari ini, 4 Jun
Tahun lalu:
2 tahun lalu:
3 tahun lalu:
Selasa, 6 Oktober 2020, 11:20 am
Keputusan perlawanan ke-10 Liga Malaysia 2020.
JDT vs Sabah – Selepas keeper Sabah ditukar, terus masuk 2 gol mudah. Dengan kemenangan ini JDT sah menjuarai Liga Super untuk kali ke-7 berturut² ā½Ā¹ā¾. Keesokan harinya, Safawi Rasid terus berhijrah ke kelab Portimonense SC dalam Liga Primeira Portugal ā½Ā²ā¾.
Baca penuh ↓
Isnin, 28 September 2020, 11:55 am
Keputusan perlawanan ke-9 Liga Malaysia 2020.
PJ City vs JDT – Kredit diberikan kepada keeper PJ City, Kalamullah Al-Hafiz kerana berjaya mengekang beberapa percubaan dan sepakan percuma dari JDT. Kalau minggu lalu keeper Selangor dah lama tak diturunkan dan mungkin tidak bersedia, kali ni keeper PJ City sudah bersedia menghadap sepakan percuma Safawi Rasid. Padang yang basah & kesediaan pemain PJ City antara faktor JDT sukar untuk mendapatkan gol kemenangan.
Baca penuh ↓
Selasa, 22 September 2020, 10:11 am
Keputusan perlawanan ke-8 Liga Malaysia 2020.
JDT vs Selangor – pada separuh masa pertama, formasi Selangor adalah teratur dan kompak, serta high pressing menyebabkan JDT terkial² nak mencari jaringan. Hanya ada sedikit percubaan on-target, dan hanya satu jaringan dihasilkan daripada sepakan percuma Safawi Rasid. Keeper Selangor, Farizal Harun, yang lama tidak diturunkan dalam kesebelasan utama, bergantung sepenuhnya kepada benteng pertahanan, gagal untuk meneka arah sepakan Safawi.
Baca penuh ↓
Ahad, 13 September 2020, 11:00 am
Keputusan perlawanan ke-7 Liga Malaysia 2020.
Hanya tinggal 4 perlawanan saja lagi untuk musim ini. Disebabkan pandemik Covid-19, #LigaMalaysia tahun ini dipendekkan tanpa ada perlawanan timbal balik. JDT yang sedang mendahului liga dengan 6 mata di hadapan Kedah, ada harapan untuk menjadi juara lagi.
Baca penuh ↓
Ahad, 6 September 2020, 10:40 am
Keputusan perlawanan ke-6 Liga Malaysia 2020.
Minggu ni sempat tengok full match dua game berikut:
Baca penuh ↓
Ahad, 30 Ogos 2020, 1:55 pm
Liga Malaysia bersambung lepas 5 bulan terhenti.
Sebelum ni saya tengok game #LigaMalaysia kat TV saja, tapi buat masa sekarang, aerial TV masih belum habis pasang lagi, jadi #MyTV ni belum dapat guna lagi. Nasib baik Chromecast dah dapat pakai balik.
Baca penuh ↓
Sabtu, 28 Mac 2020, 7:10 pm
Dah 2 minggu liga bola sepak Malaysia terhenti disebabkan pandemik #Covid19.
Siaran ulangan kat RTM Sports dah berkali² tengok sampai naik boring. Terfikir pulak nanti bila liga dah bersambung nak buat posting laporan keputusan perlawanan menggunakan hashtag #LigaMalaysia. Sekarang baru ada 4-5 jumlah perlawanan, nanti² dpt tengok balik perkembangan liga, dari mula sampai ada pemenang.
Baca penuh ↓