Keputusan perlawanan ke-10 Liga Malaysia 2020

120970590_183632109873273_5874658982488904821_n.jpg

Selasa, 6 Oktober 2020, 11:20 am398

JDT vs Sabah – Selepas keeper Sabah ditukar, terus masuk 2 gol mudah. Dengan kemenangan ini JDT sah menjuarai Liga Super untuk kali ke-7 berturut² ⁽¹⁾. Keesokan harinya, Safawi Rasid terus berhijrah ke kelab Portimonense SC dalam Liga Primeira Portugal ⁽²⁾.

Pahang vs Perak – Berapa banyak kad kuning daa, 7 kad! Pahang memberi hantaran 3 gol pada separuh masa pertama, dan Perak membalas balik dengan 3 gol pada separuh masa kedua. Gol daripada J. Partiban menarik. Gol pertama Perak, lencongan secara teliti tepat menerjah penjuru atas gol Pahang. Gol ke-3 Perak pula daripada sepakan lambung Partiban, terkena palang gol, memantul ke badan keeper & masuk gol.

121005074_183632259873258_4725686521474034515_n.jpg
120867040_183632303206587_8099700461422559423_n.jpg

Game ni mengingatkan kembali final UEFA Champions League 2005 di mana Liverpool buat comeback selepas ketinggalan kepada AC Milan dengan 3 gol, sebelum menang menerusi penalty shootout.

2/10
UiTM 2 – 4 PJ City
JDT 4 – 1 Sabah

3/10
Pahang 3 – 3 Perak
Felda Utd 0 – 3 Terengganu
PDRM 0 – 7 Selangor

5/10
Kedah 1 – 0 Melaka Utd

Kedudukan terkini

PasukanPMSKDMata
JDT108202026
Kedah ↑110613619
Perak ↓110532318
Terengganu ↑110514916
Selangor ↑310352214
Pahang10424114
UiTM ↓310424-114
Melaka Utd ↓110424211
PJ City ↑110253-211
Sabah ↓110235-99
Felda Utd10145-107
PDRM10028-21-1

Nota: Melaka Utd & PDRM ditolak 3 mata.

⁽¹⁾ https://www.hmetro.com.my/utama/2020/10/626750/jdt-juara-liga-super-musim-ke-7-berturut-turut
⁽²⁾ https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/posts/1824183051078319

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/183632339873250/

Tulis komen: