Cara pasang dinding rumah secara solo
Jumaat, 10 Mei 2019, 4:55 pm0
Dinding rumah kampung kami menggunakan atap metal sheet atau atap standard ikut bahasa orang kampung. Bahagian dinding yang mudah terkena hujan akan menggunakan atap, manakala selebihnya menggunakan plywood waterproof.
① – Saiz atap ini adalah 7’ panjang dan lebar piawai 32”. Untuk mengangkat atap ini ke rangka dinding rumah, satu lubang kecil dibuat menggunakan paku di tengah² hujung atap, yang kemudiannya dimasukkan dawai dan diikat pada kayu gelegar bumbung. Sekeping atap ini tak berapa berat, lebih kurang 2-3 kg sahaja, mudah untuk dikendalikan oleh satu orang.
Apabila atap telah digantung, ia dilaraskan supaya menutup kayu gelegar bumbung sepenuhnya. Sekeping kayu diletakkan di bawah untuk menyokong atap ini, dan tangga kayu disandarkan sebelum dipaku. Ini memastikan atap tidak bergoyang atau terhuyung-hayang selepas kedudukannya ditetapkan.
Sebelum memaku, atap ini kena dilubangkan dahulu menggunakan paku yang lebih besar – saiz 2” atau 3” ataupun paku payung – kemudian barulah dipasang menggunakan paku plywood 1½”.
② – Cara saya memasang paku ini agak berlainan dengan cara memasang plywood.
Untuk plywood, saya memasang dari bucu ke bucu bertentangan bagi memastikan plywood selari dengan rangka. Bagi atap pula, saya memaku dari bucu atas dan ke bawah, sambil memastikan atap tidak senget, supaya atap tersebut terpasang rata pada rangka dinding.
Oleh sebab sifat atap tersebut yang mudah dilengkung, jika dipasang dari bucu bertentangan, khuatir akan mewujudkan permukaan atap yang mencengkung / mengembung dan tidak rata.
Atap yang saya gunakan ini adalah jenis yang memiliki 5 lekuk atau bonggol kecil, atau juga disebut 5 gunung oleh orang kampung, dan ia mempunyai 4 permukaan yang rata. Saya memaku pada 4 permukaan yang rata ini di sepanjang garisan biru di dalam gambar, yang selari dengan rangka rumah, bagi memastikan pemasangan yang kukuh.
—
Ikuti Instagram dan Facebook page untuk mendapatkan pemberitahuan kandungan terbaru berkenaan pembinaan rumah kampung dan juga projek² sampingan saya.
Pin this image:
Ke Indonesia Ke Kita? Episod 1
13 Mei 2019
4 Mei 2019