Sangkar anak ayam kalis tikus

Sabtu, 4 Mei 2019, 10:10 pm338

Ini projek penternakan ayam kampung yang saya lakukan di rumah mertua bermula Februari tahun lepas. Setakat ini telah berjaya menjual lebih 26kg daging ayam kampung.

Ayam² diternak di sekitar rumah secara lepas. Makanan yang diberi adalah jenis dedak kasar, termasuk sisa makanan dari rumah.

① – Anak ayam pula diletakkan di dalam sangkar kecil (brooder) sehingga berumur sebulan lebih, sebelum dilepaskan bersama ayam² lain. Tujuannya adalah untuk mengelakkan anak ayam daripada dimakan oleh biawak jika dibiarkan bersama ibu ayam.

Namun, cara penternakan begini telah mengundang tikus untuk datang mencari makan ke sini.

Kepincangan pada rekabentuk sangkar anak ayam telah menyebabkan tikus berjaya masuk ke dalam sangkar dan membunuh anak² ayam di dalamnya.

Dinding sangkar yang diperbuat daripada jaring pagar PVC, mudah untuk digigit tikus sehingga berlubang. Sangkar ini walaupun diletakkan tinggi dari tanah menggunakan struktur bertiang, tapi tikus dapat memanjat tiang tersebut.

Tikus² itu sebenarnya mahukan dedak yang dimakan anak ayam, jadi ia hanya makan perut anak ayam tersebut.

Bagi mengatasi masalah ini, rekabentuk baru sangkar anak ayam diperlukan. Mak mertua saya telah mendapat idea daripada melihat jiran yang membela burung.

② – Dengan menggunakan bahan terpakai – penutup kipas dan pagar dawai, sangkar anak ayam ini dibuat sama seperti sangkar burung.

Ia kemudiannya digantung, jadi tikus takkan dapat untuk mencapai sangkar ini. Pagar dawai yang tentunya lebih keras daripada PVC mampu mengelak daripada digigit hingga putus.

Reban baru masih dalam pembinaan, tapi mungkin akan siap selepas raya nanti, tak sempat rasanya nak buat dalam satu hari lagi 🐥.

Facebook
Instagram

Komentar (1):

Pingback: Sangkar anak ayam kalis tikus DIY

Tulis komen: