Lubang angin (dinding rumah kampung)

Selasa, 14 Mei 2019, 5:15 pm

(Lubang angin? Ish, lain macam jak bunyi tu 😲)

60002581_360483194586639_1069308064835829760_n.jpg

① – Ini bahagian dinding rumah kampung kami yang bersebelahan dengan bahagian beranda. Bahagian ini pada mulanya saya mahu dinding habis tanpa tingkap. Tapi selepas berfikir balik, memerhatikan pergerakan angin yang bergerak dari tepi rumah dan kedudukan orientasi rumah (tepi rumah tiada pokok tinggi yang menghalang pergerakan angin), saya pun buat satu lubang tingkap (anak panah dalam gambar) untuk peredaran udara dalam rumah, bagi menyejukkan lagi ruang dalam bilik.

Kalau diperhatikan pada rangka dinding, saya tambah lagi beberapa kayu pada rangka separuh bawah dinding bagi menguatkan struktur. Saya ada terbaca di Pinterest yang menyatakan jarak antara kayu rangka (stud) dinding hendaklah dalam 16” ke 24”, sedangkan yang saya buat ini adalah 48”.

② – Dan ini adalah caranya bagaimana saya memasang kayu rangka lubang tingkap untuk angin secara solo. Kedudukan kayu disukat terlebih dahulu, kemudian ditanda menggunakan pengapit G bagi memudahkan untuk meletakkan kayu pada kedudukannya sebelum dipaku.

Kalau tiada pengapit G, boleh juga dibuat dengan memaku tiang kayu pada kedudukan yang dikehendaki tapi tidak terlalu dalam, cukup untuk meletakkan kayu pada tempatnya, tanpa memerlukan orang lain untuk memegang kayu itu semasa dipaku.

Ikuti Instagram dan Facebook untuk mendapatkan pengumuman kandungan terbaru berkenaan pembinaan rumah kampung dan juga projek² sampingan saya.

Kandungan berkaitan:

Komentar (1)

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.