Pemasangan dinding rumah menggunakan atap metal sheet

Sabtu, 18 Mei 2019, 5:31 pm377

① – Ini bahagian tepi rumah, ditutup dengan plastik hitam sementara belum lagi dipasang dinding, bagi mengelak lantai plywood daripada basah terkena hujan. 2 keping atap metal sheet telah pun dipasang, kepingan kedua menutupi sebahagian tingkap. Mengikut rancangan, saya hanya perlu pasang metal sheet pada dinding kemudian mengerat bahagian tingkap menggunakan gunting besi.

② – Tapi menggunting atap metal sheet menggunakan gunting besi ini agak sukar dilakukan setelah dipasang. Dapat dilihat dalam gambar, hasil keratan yang tidak kemas, banyak kesan koyak pada keping atap. Cara ini sesuai jika anda memiliki mesin grinder ataupun sheet metal nibbler cutter untuk memotong atap yang telah dipasang.

③ – Ini pula hasil atap yang digunting sebelum dipasang. Lebih kemas dan rata. Di sini juga dapat dilihat dengan jelas, 5 lekuk kecil (gunung) yang saya sebut pada posting sebelum ini, dan 4 bahagian rata di antara lekuk tersebut di mana paku dipasang. Secara keseluruhannya, kerja² menggunting atap ini memerlukan banyak tenaga dan kekuatan genggaman tangan. Tangan saya sendiri setelah seminggu masih terasa sakit² kesan daripada kerja ini 😅.

④ – Dinding menggunakan atap metal sheet di bahagian tepi rumah dah siap. Sejumlah 9 keping atap diperlukan untuk dinding sepanjang 22’ ini. Masih terdapat bahagian pada penjuru rumah yang perlu dikemaskan lagi, sama ada akan dipaku sepanjang tiang ataupun memasang kemasan (trim).

Ikuti Instagram dan Facebook saya untuk mendapatkan pengumuman kandungan terbaru berkenaan pembinaan rumah kampung dan juga projek² sampingan saya.

Pin this image:

Tulis komen: