Memasang getah pintu baru yang soundproof di Perodua Viva, part 2

Sabtu, 12 Disember 2020, 10:20 am0

Sambungan daripada part 1 (https://azwan082.my/post/8512/) , sebelum ni hanya memasang getah pintu untuk bonet belakang , part ini saya memasang untuk keempat² pintu.

Seperti yang saya bagitau di post sebelum ini, kalau hanya mengganti door rubber lama dengan yang baru, tak ada beza sangat pada soundproofing, oleh itu, getah pintu ini juga saya isikan dengan hos PVC transparent a.k.a hos akuarium, supaya bila pintu ditutup, ia lebih kedap & hos PVC tersebut juga tidak mudah mengempis apabila dipakai lama, oleh itu efek soundproofing juga kekal lama.

130273524_211546640415153_6360168668629497305_n.jpg

① – Perkara utama yang perlu dibuat dahulu sebelum membuka & memasang getah pintu baru, ialah membuka door stopper ini, sebab getah tersebut datang dalam satu gelung yang tak putus atau ada hujung terbuka.

Cara nak buka stopper, hanyalah dengan mengetuk keluar besi penahan yang ditunjukkan anak panah dalam gambar dari arah bawah ke atas. Kena juga ada plier untuk menarik besi itu keluar lepas diketuk.

130269257_211546693748481_6088748046100173754_n.jpg

② – Kemudian, getah pintu yang lama boleh dicabut keluar dengan mudah. Ada bahagian getah yang disambungkan dengan pintu menggunakan klip plastik. Apabila getah ditanggalkan, klip plastik ini ada yang tertinggal sebab agak sukar untuk dicabut menggunakan tangan. Kena gunakan plier seperti dalam gambar untuk membuang terus klip plastik ini.

130730403_211546763748474_6096424805177715155_n.jpg

③ – Ini getah pintu yang baru, saya order melalui Shopee bulan lalu, guna keyword ‘viva door rubber’ untuk cari. Kebetulan, hari ini 12.12, korang add to cart apa tu~? 😁

Ok, ini senarai nombor part untuk door rubber ini, setiap pintu mempunyai kod warna tersendiri:

Disebabkan getah pintu ini satu gelung bersambung tak ada hujung terbuka, jadi agak sukar sikit untuk memasukkan hos transparent ke dalamnya. Kena gunakan pelincir seperti sabun pencuci tangan (hand wash) supaya hos masuk dengan lancar, dan juga mungkin kena potong hos kepada beberapa bahagian supaya dapat dimasukkan dari beberapa bukaan yang ada pada getah.

Hos transparent yang saya beli ada banyak lebih, jadi untuk getah pada pintu depan, saya isi dua dengan dua hos.

130267855_211546840415133_3921801768216153308_n.jpg

④ – Untuk proses memasang balik getah pintu, ini kena ada ketelitian. Pada bahagian yang hanya memerlukan sambungan klip plastik, hanya tekan klip plastik pada lubang pada pintu hingga berbunyi klik.

Pada bahagian yang hanya ada alur seperti dalam gambar, kena jajarkan getah di kedudukan yang betul, kemudian gunakan kunci ataupun pemutar skru kepala rata (flat head screwdriver) untuk menekan getah ke dalam alur pintu, seperti ditunjukkan anak panah.

Buat perlahan² dan kemas², nescaya akan mendapat hasil yang memuaskan 😆.

Bila dah siap pasang getah pintu, pasang balik besi pada door stopper tadi. Ketuk saja dengan pengetuk. “Aini, ambil pengetuk!” 👺.

Kemudian test tutup pintu. Disebabkan pintu depan saya letak 2 hos, jadi nak tutup pintu kena hempas kuat sikit. Pintu belakang pula lebih kurang macam semasa saya gunakan door rubber seal soundproof yang dulu.

Pemasangan untuk keempat² pintu ini mengambil masa dalam 1½ jam.

Kesan daripada pemasangan getah pintu dengan hos transparent ini, efek soundproof tu dapat diperoleh. Bunyi² bising dari luar, terutamanya bunyi berfrekuensi tinggi seperti bunyi tayar pada jalan yang basah, dan juga bunyi turbo tengah spooling, semuanya dah makin kurang. Kiranya bila bawa laju, lebih selesa, tak banyak bunyi² bingit yang meletihkan deria apabila memandu dalam tempoh yang lama 🥴.

ShareTweetSaveSendCopy