Sayur daun saja yang menjadi dalam hidroponik kratky
Ahad, 26 Disember 2021, 4:45 pm

① – Kesemua sayur sawi tumbuh sihat, mungkin yang satu tu saja sedikit terbantut. Saya nak tunggu seminggu lebih lagi, baru tuai & masak bersama megi goreng .

② – Sayur lettuce pula daunnya nampak layu, mungkin sebab suhu yang tinggi. Seingat saya sayur lettuce ni sesuai dengan suhu Kundasang atau Cameron Highland, dalam 18-24℃.
Yang ini pun sama tunggu seminggu lebih lagi, pastu baru petik, letak dalam ramen kimchi ⁽¹⁾.

③ – Ini pula pokok tomato ceri yang tinggi meninggi, tapi sebenarnya saya nak ambil gambar matahari terbenam kat background tu, lighting tak berapa mengena .
Tomato ceri ni pun macam pokok capsicum – daunnya mengering & mati, banyak putih bunga gugur, tak menjadi buahnya. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini ⁽²⁾, air baja AB dalam takungan ini yang tak bergerak (stagnant) mungkin merosot kualitinya sehingga pokok tomato ini tak dapat tumbuh dengan sihat & menghasilkan buah.
⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/12/ramen-kimchi-telur/
⁽²⁾ https://azwan082.my/2021/12/hidroponik-kratky-mengalami-kegagalan/
Seminggu lepas hari bergambar jari
27 Disember 2021
Berapa tahun sekali baru korang tukar dompet baru?
25 Disember 2021