Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Bagi ruang untuk pokok capsicum membesar dalam hidroponik kratky

Khamis, 28 Oktober 2021, 5:55 pm0

Ini status 2 minggu selepas memindahkan ⁽¹⁾ anak pokok capsicum (lada benggala / sweet pepper) ke dalam tong berisi larutan nutrien / baja AB.

247611035_408717377364744_8124655978908884622_n.jpg

① – Dalam satu netpot ada 2-3 pokok capsicum yang saya letak, nak tengok mana satu yang akan tumbuh lebih sihat.

Kesemuanya tumbuh dengan sihat, tak nampak pokok yang mengalami klorosis – kekurangan klorofil hingga warna daun jadi hijau muda & nampak berjalur.

250491054_408717437364738_8406770203704230246_n.jpg

② – Cuma dalam setiap netpot, akan ada yang tumbuh lebih tinggi daripada yang lain. Jadi saya buang pokok yang lain, tinggalkan satu pokok capsicum yang paling tinggi, supaya kurang persaingan untuk pokok tersebut menerima cahaya matahari & juga menyerap nutrien dari larutan baja AB.

248366509_408717357364746_1221281146735249847_n.jpg

③ – Setakat ini akar pokok nampak sihat, masih warna putih, tak ada lumut. Bacaan EC juga masih sama dengan waktu mula² iaitu 2.05 mS/cm. Paras air dalam tong tak banyak berubah, agak² menurun dalam 1-2 cm saja. Akar masih dapat capai paras air, jadi belum perlu untuk menambah air baja.

248004798_408717420698073_8794333745152929569_n.jpg

④ – Untuk perbandingan, saya ada tinggal anak pokok capsicum semasa menyemai benih tomato ceri. Dapat dilihat pertumbuhan pokok capsicum terbantut kerana tak cukup nutrien. Hanya diberi air paip saja, tak diberi makanan berkhasiat 😅.

Lepas ni nak pindah anak pokok tomato ceri pulak ke hidroponik kratky.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/10/pindah-anak-pokok-ke-hidroponik-kratky-method/

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/408720070697808/

Pingback: Giliran tomato ceri dipindah ke hidroponik kratky

Tulis komen: