Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Jumpa pun album Nayeon kat Spotify

290166894_560782242158256_3206809944614996370_n.jpg

Rabu, 29 Jun 2022, 9:55 pm0

Album mini solo pertama vokalis ni dah keluar 5 hari lalu ⁽¹⁾, tapi bila search kat Spotify tak jumpa. Cari kat related artist kat page Twice pun tak jumpa. Semalam search baru jumpa, itu pun kena guna tulisan Korea, 나연.

Lagu dalam album ni lebih kurang bunyi Twice. Kebanyakan lagu Twice pun Nayeon yang paling banyak nyanyi sebab main vokalis.

Lagu Pop! tu memang identiti Nayeon, macam kanak² riang & cute 🤩. Saya suka dengar lagu ke-2 iaitu No Problem, tempo lagu lebih santai & ada elemen cool retro sikit. Macam kebanyakan yang dicipta JYP, mesti ada gaya Boney M sikit 🤣.

Lepas dengar 2 lagu ni kena berhenti sekejap, rehat. Sebab key suara Nayeon ni tinggi. Lama sangat dengar jadi bingit bunyinya. Cuba dengar lagu Likey ulang², pedis palak 🤯.

Berkenaan Twice pula, sama seperti group K-pop lain yang kontraknya standard 7 tahun, ini tahun terakhir sebelum mereka berkeputusan sama ada sambung kontrak dengan JYP, atau beralih ke company lain.

Rasanya album ini merupakan aktiviti solo pertama oleh member Twice. Sepanjang 7 tahun, mereka hanya buat aktiviti bersama dalam satu kumpulan. Tak ada dengar seorang member pergi cuba berlakon, atau jadi member tetap variety show, atau buat sub unit group. Tapi jadi brand ambassador tu memang ada.

Bagi Nayeon, besar kemungkinan akan meneruskan kontrak, sama seperti member² lain yang dapat banyak peluang untuk aktiviti promosi lain. Member² yang kurang aktif seperti Chaeyoung, Tzuyu & Jeongyeon barangkali akan angkat kaki.

Peminat tegar Twice pasti tak nak group favourite mereka berpecah atau disband. Member Twice pun cakap benda sama. Tapi melihat pada group² yang lalu, tak ada yang kekal. 2nd generation girl group K-pop mana yang masih buat aktiviti hiburan bersama satu kumpulan sampai sekarang?

💽

⁽¹⁾ https://www.billboard.com/music/music-news/twice-nayeon-solo-album-im-nayeon-1235106331/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/560782272158253/

Tulis komen: