Ucaptama PM ke-9
Ucapan pertama DS Ismail Sabri #DSIS sebagai perdana menteri Malaysia ke-9:
Ucapan pertama DS Ismail Sabri #DSIS sebagai perdana menteri Malaysia ke-9:
Dah pasti dah berita PM & seluruh kabinet PN letak jawatan ⁽¹⁾, berikutan 15 ahli parlimen UMNO yang menarik balik sokongan kepada #TSMY ⁽²⁾. Beliau akan jadi Perdana Menteri caretaker, sementara #YDPA memilih PM baru yang disokong majoriti ahli Dewan Rakyat. #politik
Sebut pasal tamat, kamboh hari ni pasal berita tamatnya suatu era.
Sarawak antara negeri yang memasuki fasa ke-3 Pelan Pemulihan Negara hari ini, tapi disebabkan kes yang masih tinggi, zon selatan - Kuching, Bau, Lundu, Samarahan, Simunjan, Asajaya, Serian & Tebedu masih lagi fasa ke-2 ⁽¹⁾. Bermaksud belum boleh rentas daerah lagi 😫. #MCO
Datuk Seri Ismail Sabri #DSIS dilantik sebagai timbalan perdana menteri berkuatkuasa hari ni ⁽¹⁾. Beliau yang memegang jawatan menteri pertahanan dalam kabinet #TSMY akan mengekalkan portfolio tersebut. Sejak peralihan kuasa kerajaan dari PH ke PN tahun lalu, TSMY telah menjawat posisi perdana menteri tanpa timbalan, tapi ada 4 orang menteri kanan ⁽²⁾.
Melihat kepada reaksi umum, saya dah agak ramai tak berapa tangkap pengumuman #TSMY pasal pelan pemulihan yang diumumkan ⁽¹⁾, sebab dah biasa dengan #MCO yang dibuat berdasarkan tempoh masa.
Ada yang ternanti² pengumuman sinar baru? Sabar dulu, kata #TSMY 😆. Ini hanya penerangan pelan untuk keluar dari ‘camelot’ pandemik (exit plan) & membuka balik aktiviti ekonomi & sosial. Orang yang selalu buat plan saja yang faham 😏.
Ini cara untuk mendaftar bagi mendapatkan vaksinasi #Covid19 melalui aplikasi MySejahtera. Mula², kena install MySejahtera dalam smartphone masing² & daftar akaun dulu ⁽¹⁾. Dah ada akaun MySejahtera, baru dapat daftar untuk program imunisasi.
📌 Program imunisasi akan bermula hujung bulan ini, menyasarkan 80% populasi, atau 26.5 juta rakyat Malaysia akan menerima #vaksin secara percuma.
Semalam tengok #TSMY umum PKP, hari ni pasal darurat pulak. #YDPA telah mengisytiharkan proklamasi darurat di seluruh negara bermula hari ini hingga 1 Ogos.