Nak cuba teka jugaklah siapa secret friends TW-Log

Rabu, 5 Mei 2021, 2:00 pm0

adalah salah satu siri video dalam channel YT Twice, di mana setiap ahli akan menjadi secret santa & memberi hadiah kepada secret friend masing². Setiap minggu vlog seorang ahli akan disiarkan, dan semalam merupakan vlog daripada ahli terakhir. Episod minggu depan akan mendedahkan siapa secret friend masing², dan saya pun nak ikut cuba teka.

Berikut adalah tekaan saya yang paling pasti:

181527298_298003941769422_2927231278564077059_n.jpg

① – Sana → Momo

Vlog semalam sudah confirm Momo adalah secret friend Sana, di mana hadiah yang disediakan, seperti bungkusan jeli & tulisan pada kad ucapan sama seperti dalam vlog Momo yang lalu. Kalau diperhatikan dalam vlog Momo, dia tunjukkan kad tersebut depan Sana & meneka itu adalah hadiah daripada Jihyo.

178785011_298003948436088_5690409791120460123_n.jpg

② – Momo → Dahyun

2 hint daripada vlog Momo ialah pada video mission yang dia rakam, dan hadiah yang dia sediakan iaitu kek coklat. Dalam video mission, itu adalah tarian untuk Switch to Me oleh Dahyun & Chaeyeong (cover lagu kolaborasi JYP & Rain), dan peminat Twice mesti tahu yang Dahyun adalah peminat coklat. Lagi pun semasa membuat kek tersebut, housemate Momo, Nayeon & Sana ada sekali, jadi mereka berdua dah tentu bukan secret friend.

Apa yang menarik dalam vlog Momo ialah fish cake soup yang dia buat untuk housemate. Resipi yang dibuat nampak mudah, time raya nanti nak jugak cuba buat 😁. Pastu waktu dia menulis surat untuk hadiah, dia ada main dengan pen, buatkan saya teringat waktu kat sekolah dulu, macam² skill main putar² pen dengan jari, seperti ini:

Tengok kat Instagram

@azwan082

180640129_298003955102754_6075805878738284799_n.jpg

③ – Mina → Chaeyoung

Secret friend Mina gemarkan sesuatu yang unik, dan mereka sama team dalam satu siri Time To Twice. Hint² ini menjurus kepada Chaeyoung, sebab Chaeng memang sukakan style & fesyen yang unik, dan dia dikenali menggemari buah strawberi. Oleh itu Mina pergi belajar knitting untuk buat pouch yang ada corak strawberry. Dalam satu video mission Mina, video itu dihitam-putihkan, tapi dapat lihat jenis seluar seakan jeans yang dipakai Chaeyoung dalam TTT.

Berikut pula merupakan tekaan yang saya agak² betul:

179886681_298004021769414_4727694679161682404_n.jpg

④ – Jihyo → Mina

Dalam vlog Jihyo, tak dinyatakan apakah mission rahsia yang dia perlu lakukan, tapi dia ada rakam perbuatan yang kemungkinan hidden mission, iaitu memberi pujian kepada Mina & Mina ada membalas terima kasih.

Kemudian hint yang buatkan saya teka adalah Mina ialah, disebabkan secret friend Jihyo ini sering berada dalam bilik, dia hadiahkan beam projector, supaya mereka dapat tengok movie sama². Mina dikenali sebagai seorang gamer dalam Twice, ada video YT yang dia bermain Minecraft & main susun Lego, dan saya agak dialah ahli yang sering berada dalam bilik. Lagi pun mereka berdua adalah housemate termasuk Jeongyeon.

180651225_298003968436086_7034204774553727438_n.jpg

⑤ – Tzuyu → Jihyo

Tzuyu menghadiahkan kamera polaroid kepada secret friendnya, yang sold out selepas vlog Tzuyu disiarkan ⁽¹⁾. Antara sebab saya rasa Jihyo adalah secret friend Tzuyu ialah dalam video missionnya, dapat dengar suara yang nyaring tu suara Jihyo. Lagipun, Jihyo dilihat gemar mengambil gambar & video ahli Twice lain jika dia pegang kamera, dapat diperhatikan dalam beberapa video comeback week.

180606754_298003985102751_3615233456493987071_n.jpg

⑥ – Chaeyoung → Sana

Vlog Chaeyoung paling simple sekali, banyak tunjuk dia tengah buat mukbang. Tak ada tunjuk hadiah yang dia sediakan, cuma ada sedikit hint iaitu secret friendnya gemarkan membuat sesuatu kerja tangan (hands-on), dan pernah mengajak Chaeyoung mengikut kelas pottery. Saya teka mungkin Sana, sebab terdapat video YT yang dia usulkan untuk membuat aktiviti home gardening.

Manakala berikut adalah tekaan saya yang tak cukup hint:

180740917_298004008436082_7055017609915146117_n.jpg

⑦ – Dahyun → Nayeon

Dalam vlog Dahyun pulak, dia buat coklat DIY sebagai hadiah untuk secret friend, tapi saya tak pasti siapa lagi dalam Twice yang sukakan coklat macam Dahyun. Terdapat beberapa part dalam video yang saya cuba baca gerakan mulut semasa dia menyebut nama secret friend dia, dan saya agak mungkin orang itu ialah Nayeon. Lagipun untuk hidden mission pula dia kena backhug secret friend dia, tapi Nayeon macam dah tahu dan nak mengelak².

180021131_298004055102744_901377578523221386_n.jpg

⑧ – Nayeon → Jeongyeon

Vlog Nayeon tak banyak bagi hint, dia banyak cerita pasal diri sendiri & main dengan anjing dia, Kookeu. Kad ucapan yang dia pilih pun banyak hint menuju ke diri sendiri. Hadiah yang dia belikan saya rasa itu adalah sunglasses Gentle Monster, dan dia ada kata secret friendnya dah ada sunglasses yang sama, cuma versi lama.

Apa yang menarik dalam vlog Nayeon ialah dia tunjukkan cara dia cuba mengurangkan penggunaan plastik, dengan mengurangkan memesan makanan online. Pastu dia amalkan minum minuman yogurt setiap hari untuk kesihatan usus. Saya sebelum ni selalu minum minuman probiotik seperti Yakult & Vitagen, tapi kebanyakannya terlalu masam, jadi minuman yogurt ni alternatif terbaik. Selain daripada Marigold yogurt drink, saya suka juga brand tempatan ini, Farm Fresh ⁽²⁾.

180944415_298003975102752_8056241478355111540_n.jpg

⑨ – Jeongyeon → Tzuyu

Satu²nya hint yang Jeongyeon bagi ialah secret friendnya kadang² mengalami masalah bernafas semasa tidur, jadi dia belikan sejenis ubat sapu, tapi dia terus diberikan awal tanpa merakam vlog, jadi dia kena beli satu lagi hadiah lain. Bukan bermaksud Tzuyu ada masalah bernafas masa tidur, tapi saya tak ada info berkenaan ini, jadi ini adalah tekaan yang paling hantamsajala…

Minggu depan baru tengok episod reveal siapa jadi secret santa kepada siapa 😎 .

⁽¹⁾ https://www.allkpop.com/article/2021/03/polaroid-camera-that-twices-tzuyu-used-in-her-vlog-is-sold-out
⁽²⁾ https://bitclout.com/posts/3c0ebf0b14901183e4323e6579297c9d74cfb05b75c5038a91419753202996c7

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/298004115102738/

Tulis komen: