All I want for keris emas is another 32GB DDR4 🎄

IMG_0771.jpeg

Khamis, 25 Disember 2025, 9:45 pm

Projek pembinaan home lab server di era harga RAM macam harga saham Nvidia.

Dengan bajet 3k, ini spesifikasi yang saya pasang, dengan masih ada sikit baki 💸:

  • Processor: Ryzen 7 5700G (8 cores 16 threads)
  • RAM: 32GB
  • SSD NVMe: 500GB
  • PSU: Gigabyte 650W 80+ gold
  • Casing: Cooler Master Elite 301
  • Motherboard: MSI B550M-A

Tujuan untuk setup home lab server ni:

  • Pindah web apps dari Thinkpad ke satu dedicated box. Laptop tu dapat guna balik untuk buat kerja atau guna semasa travel.
  • Pindah semua external SSD & HDD ke dalam PC case, senang semua kat dalam satu tempat. External drives tu sekarang semua sambung ke laptop Thinkpad guna USB hub ⁽¹⁾.
  • Deploy web apps guna & manage deployments guna yang refer repo kat .

Sebab pilih nak deploy guna K3s:

  • Nanti² ada pilihan untuk tambah lebih banyak server baru ke dalam cluster untuk scale workload.
  • Sekarang tengah run K3s guna single-node cluster mode, tapi cluster datastore dah guna external DB, supaya nanti² dapat nak setup HA (high availability) cluster.

Nak cukupkan maksimum RAM:

  • Motherboard ni hanya ada 2 slot RAM dengan maksimum kapasiti 64GB.
  • Dengan adanya maksimum RAM, dapat run beberapa virtual machines (VM) pada satu² masa, dengan tujuan untuk bereksperimen dengan container & cluster deployments, tanpa mengganggu K3s cluster yang run kat host OS.

Part lain yang belum ada: SATA expansion card

  • Sekarang saya dah ada 8 SSD & HDD, motherboard hanya ada 4 port SATA. Nak cari expansion card yang ada 4 port jugak.
  • PSU ada 9 power connector untuk SATA, dah cukup.

Cara pasang kesemua HDD & SSD dalam casing:

  • PC case hanya dapat pasang sama ada 1 x drive 3.5 + 1 x drive 2.5, atau 2 x drive 2.5
  • Nak kena beli SSD 2.5 bracket untuk pasang drives yang selebihnya, cuba DIY pasang guna skru atau bolt ke badan casing.
  • Nak cari juga kipas 120mm untuk bahagian intake di depan PC casing, untuk kurangkan risiko SSD / HDD tu tak berfungsi akibat overheat.

Untuk tahun depan, saya plan untuk guna home lab server ini untuk run web apps untuk kegunaan persendirian, antaranya:

  • WordPress: blog
  • Nextcloud: cloud storage
  • OnlyOffice: office productivity suite
  • Vaultwarden: password manager
  • Gitea: git repo & container registry
  • Keycloak: identity provider
  • Navidrome: music streaming
  • Jellyfin: local media streaming
  • Firefly III: personal finance management
  • Mealie: recipe management
  • It’s MyTabs: guitar tab viewer & player

Termasuk juga dalam plan, nak cuba configure storage guna Longhorn, untuk gabungkan disk space yang ada dalam semua SSD & HDD ke dalam storage pool yang dapat digunakan untuk simpan web apps & media files.

P.s: tak ada GPU. Ini bukan gaming PC. Kalau ada pun, nanti² nak cuba run LLM sendiri & host guna OpenWebUI.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2025/02/external-hard-disk-holder-diy/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1553613585805548/

Tulis komen: