Untitled

Rabu, 27 Mei 2026, 11:05 pm

kerja cuti raya haji – deploy self-hosted anytype server.

dlm minggu ni saya buat sikit research perbandingan antara note-taking app yg basic seperti ios notes, google keep atau evernote, berbanding app jenis knowledge management seperti notion, obsidian, affine & anytype.

awalnya saya lihat km apps ni agak bloated, saya hanya nak app yg secara segera boleh tulis nota, cari balik nota & simpan rekod harian atau expenses.

tp kalau tak cuba, tak tahulah apa kelebihan dia. antara features yg saya rasa mungkin berguna utk workflow saya skrg ialah daily journal & database.

setiap app yg saya research ada feature utk rekod daily journal, sbb saya simpan journal apa tugasan yg dibuat kat ofis setiap hari, supaya dpt saya refer balik. rutin ni dah terbiasa semasa saya kerja secara kontrak di mana saya kena sediakan daily timesheet utk laporkan kerja yg saya buat tiap hari.

feature database pula basically spreadsheet. setiap page boleh attach spreadsheet – tabular data yg ada column & row. saya rasa ini sesuai utk expense tracker, sbb saya juga merekod perbelanjaan harian & kewangan bulanan. setiap page mewakili satu bulan, dan satu spreadsheet merekod expenses utk bulan tersebut & dpt auto generate total expenses.

saya ada akaun notion, tp tak pakai. skrg saya utamakan self-hosted app sbb nak praktikkan data sovereignty – data saya semua simpan dlm home lab server. oleh itu, mula2 saya deploy affine, mudah setup & pakai, features cukup, dpt lah cuba sekali setup dgn cloudflare tunnel. tak ada isu dgn affine, cuma sy nak cuba apps lain, iaitu anytype.

anytype secara default akan simpan data locally – kalau pakai kat phone, akan simpan dlm phone, pakai dlm laptop, simpan dlm laptop. saya nak sync kan notes dlm phone & laptop, oleh itu try deploy guna container:

https://github.com/anyproto/any-sync-dockercompose

kalau guna terus docker compose dr git repo official anytype, saya rasa tak byk problem. tp saya nak guna balik beberapa component, seperti redis yg dah ada running, lepas tu nak deploy mongodb. part deploy mongodb tu ada problem sikit, admin user tak auto create, lepas tu kena pakai replica set mode, kalau salah set address replica tu, tak dpt connect.

lepas tu baru cuba configure anytype. ada 4 jenis component dlm anytype server:

– any-sync-node
– any-sync-coordinator
– any-sync-filenode
– any-sync-consensusnode

semua kena run, dan default docker compose akan deploy 3 instances of any-async-node. saya tukar nak run satu instance saja, tu yg kena edit byk tempat, terutamanya kat file init.sh yg assume ada 3 instances, jadi bila tukar ke satu, byk component tak jln, ada private key tak generate dgn betul, etc.

bila semua dh run, saya nak setup domain supaya publicly accessible. nak cuba guna cloudflare tunnel tak dpt, sbb tak support udp. anytype pakai quic protocol jd kena listen ke port udp. dan kena buka 8 ports – 1 tcp, 1 udp, utk setiap component yg saya list kat atas td.

akhir sekali bila nak pakai kat desktop atau mobile app, kena copy content config.yml dari folder /etc kat dlm container, lepas tu load ke desktop app, spt yg ditunjuk dlm gambar. tak perlu register username password, nanti app tu akan generate pass key, yg terdiri drpd 12 random english words.

server yg kita masuk tu dikenali sebagai ‘vault’, dan dlm vault ni anytype akan generate satu ‘space’ bernama ‘get started’ bila baru register.

setakat ni saya masih lg dlm process try & discover semua features yg ada. harapnya nota ni boleh membantu sesiapa yg nak cuba self-hosting app ni jugak.

Untitled

11 Jun 2026

Untitled

24 Mei 2026

Komentar (0):

Tulis komen: