Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Cuba tengok kat Sopiee ada tak USB drive MP3 player macam ni lagi?

Sabtu, 16 November 2024, 9:45 pm0

Nak cuba kembali ke zaman pergi balik ofis naik tren sambil dengar sepanjang perjalanan 📻.

Sekarang walaupun ada smartphone, tapi tak ada FM tuner, lepas tu phone baru semua nak buang lubang cucuk earphone, paksa orang pakai earphone bluetooth.

Saya dah pernah pakai AirPods Pro, awal² pakai saja best, tapi bila bateri dah kurang kapasiti, 5 minit saja pakai, bateri dah habis. Dah la selalu sebelah kiri saja yang mati dulu, tu yang peliknya.

5FD4FDA5-33FA-4C7D-8965-23ADA7C96158.jpeg
+ FM tuner + voice recorder + USB flash drive + bateri lithium-ion dicas menerusi USB.

Kalau tengok kat kebanyakan MP3 player hanya basic, main file audio MP3 saja, sebab tu harga murah, belasan ringgit.

Yang ada feature lebih sikit, macam ada skrin untuk baca lirik lagu atau teks daripada audiobooks / ebooks, tapi tak ada radio. Yang ada radio pula ada yang pakai bateri AAA, dah malas nak selalu beli bateri pakai buang.

C23AD32A-874D-4240-B911-4892568C1B26.jpeg
Yang ini paling dekat dengan MP3 player saya yang dulu tu.

Dapat guna sebagai USB flash drive, dapat pindah file dari laptop ke PC dengan cepat, tanpa bergantung kepada cloud storage service. Nak dengar lagu atau radio pun dapat tanpa bergantung kepada Apple Music atau Spotify.

Walaupun sekarang semuanya dah bersambung pada internet, data semua disimpan di cloud storage, tapi ada masanya cara manual lebih cepat & praktikal.

Nak cas bateri, hanya sambung saja terus ke laptop semasa bekerja, tak perlu kabel pengecas ekstra.

Perbezaan MP3 player yang ini dengan yang saya punya yang lama:

  • Dapat sambung ke speaker atau earphone bluetooth. Tapi radio tak dapat pakai bluetooth sebab perlukan kabel earphone tu sebagai aerial radio.
  • Tak ada built-in storage, mesti pakai SD card. MP3 player saya dulu kalau tak silap ada 8GB internal storage.
  • MP3 player saya dulu dapat rakam radio, yang ini tak pasti boleh ke tak, tapi yang samanya, dapat rakam suara.
  • Ada pedometer, sukat berapa langkah berjalan. Mungkin berguna, nak kira berapa ribu langkah semasa berjalan balik.
  • Ada alarm clock. Tapi kat description tulis kena pakai dengan earphones. Macam mana tu, tidur pakai earphone, nanti bunyi alarm keluar kat earphone? 😅

Ada siapa nak belanja saia player ni, beli kat sini – https://invl.io/cllzvjw

🥹

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1242412080259035/

Tulis komen: