Cara paling moden utk simpan gambar

Ahad, 13 Januari 2019, 12:42 am29

Terdapat segelintir yg memilih utk memuat naik gambar ke Facebook atau Instagram sebagai tempat simpanan gambar. Mmg mudah tapi sebenarnya kurang sesuai dan ada masalah privasi di situ.

Cara yg paling moden sekarang utk menyimpan gambar adalah menggunakan perkhidmatan storan awan (cloud storage service). Dlm telefon pintar Android atau iOS, telah pun terdapat apps utk melakukan simpanan gambar atau video menggunakan cloud storage, seperti Google Photos dan iCloud Photos.

Google Photos secara default telah terpasang dlm peranti Android (akan tetapi sesetengah peranti drpd pengeluar China tdk memasang app ini). Korang hanya perlu aktifkan ‘Back up & sync’ drpd settings utk menggunakan fungsi ini. Had storan percuma adalah 15 GB, namun kuota ini termasuk segala dokumen korang dlm servis Google seperti Gmail, Drive dsb.

Bagi iCloud Photos, korang kena aktifkan fungsi ini melalui Settings > General > iPhone Storage. Had storan percuma adalah 5 GB, sama seperti Google, kuota storan ini dikongsi bersama files lain yg korang back up ke iCloud. Tapi servis ini adalah utk peranti iOS sahaja.

Selain drpd Google Photos & iCloud Photos, terdapat byk pihak lain yg menawarkan servis yg sama, contohnya Mega. Mereka menawarkan 50 GB storan (percuma!) utk menyimpan segala file yg korang nak simpan. Saya sendiri menggunakan servis ini utk peranti iOS saya, akan tetapi disebabkan oleh sistem iOS yg melarang app beroperasi di background terlalu lama, saya terpaksa membuka app ini jika mahu memuatnaik gambar. Sistem Android tidak mempunyai larangan ini dan mampu memuatnaik gambar walaupun app tidak dibuka.

Selain drpd itu, apps lain yg mempunyai fungsi yg sama yg telah saya cuba adalah seperti OneDrive (had storan 5 GB) dan Dropbox (had storan 2 GB, tetapi boleh ditambah secara percuma, kalau belum ada akaun, buat satu menggunakan pautan ini). Selagi korang tak lupa login ke akaun korang ataupun selagi syarikat penyedia perkhidmatan tersebut masih belum tutup, gambar2 korang tak akan hilang ataupun ‘kena format’ lagi.

P.S: sekarang telefon berkamera dah jadi kamera bertelefon 🤔.

Facebook
Instagram

Tulis komen:

Pak choy aquaponics

14 Januari 2019

Strawberry low-land

9 Januari 2019