Harga bahan api fosil minggu ke-1 Jun 2020.

30 May 2020, 9:15 am

Harga bahan api fosil minggu ke-1 Jun 2020.

Minggu lalu, harga petrol naik sikit (lupa nak update sini 😅), dan minggu ini bersambung lagi kenaikan harga, selari dengan kenaikan harga petroleum bertapis dan harga bahan api mentah global.

Bagi pengguna, ramai yang rasa tak puas hati, #hargapetrol makin mahal. Tapi kena ingat, kalau harga petrol terlalu murah, pendapatan negara pun rendah, dan semua rakyat mungkin akan menanggung bebanan nanti. Pendapatan kerajaan kurang bermakna peruntukan untuk pembangunan, bantuan dan segala macam duit kerajaan pun akan berkurangan juga 🤲🏻.

🟡 RON 95 – 1.43 (+0.05)
🟢 RON 97 – 1.73 (+0.05)
⚫️ Diesel – 1.61 (+0.10)

#Petronas

Pin It Send

Komen sikit: