Banyak juga jangkaan saya tepat mengenai Perodua Ativa

20 February 2021, 9:00 am

Banyak juga jangkaan saya tepat mengenai Perodua Ativa.

Lepas setahun menunggu, semalam baru pasti yang model terbaru SUV kompak #Perodua ini akan dijual pada julat harga 62k hingga 73k ⁽¹⁾.

Tahun lalu saya ada menulis jangkaan beberapa ciri yang bakal dipasang pada model yang sebelum ini dikenali dengan nama kod D55L ⁽²⁾. Berikut adalah perbandingannya:

📌 Enjin – seperti dijangka, menggunakan enjin 1KR-VET ⁽³⁾, enjin 1.0L 3-silinder Axia / Bezza dengan turbo, sama seperti enjin Daihatsu Rocky / Toyota Raize.

📌 Platform DNGA – seperti dijangka ⁽⁴⁾, sudah tentu sebab model ini diambil daripada Daihatsu Rocky. Cuma kena tunggu maklum balas daripada test drive media permotoran untuk tahu sama ada platform ini sama taraf bagusnya dengan TNGA. Saya nak tahu kualiti pemanduan, kestabilan & tahap kesenyapan kabin (NVH rendah).

Berkenaan pemanduan, saya dapat tahu yang Ativa akan guna RWD (pacuan roda belakang) ⁽⁵⁾, oleh itu pengendalian stering mungkin lebih baik, berbanding #kereta FWD (pacuan roda depan).

📌 Sistem ASA lebih advance – seperti dijangka, mendapat ciri² keselamatan terkini daripada Daihatsu Rocky ⁽⁶⁾.

Ciri² sistem ASA 2.0, sedia ada:

• PCW – memberi amaran jika mengesan potensi pelanggaran
• PCB / AEB – membrek secara automatik jika mengesan potensi pelanggaran
• FDA – memberi amaran jika kenderaan di depan dah jalan (semasa berhenti di lampu isyarat)
• PMC – mengelak tersalah tekan pedal minyak kalau ada halangan di depan

Ciri² terbaru ASA 3.0 dalam Ativa:

• LDW – memberi amaran jika kenderaan terkeluar dari lorong
• LKC – mengekalkan kenderaan dalam lorong (mungkin sistem ini dapat mengawal stering?)
• BSM – memberi amaran jika ada objek di kawasan titik buta
• RCTA – memberi amaran jika ada trafik melintas di belakang semasa mengundur
• ACC – mengekalkan halaju kenderaan tanpa menekan pedal minyak

📌 Cruise control – ini satu²nya model Perodua yang mendapat cruise control, dan bukannya cruise control biasa, ini adaptive cruise control.

• Cruise control biasa – pandu sehingga kelajuan yang dikehendaki, kemudian kuncikan kelajuan, dan sistem cruise control akan kekalkan kelajuan tersebut, tanpa anda pijak pedal minyak.
• Adaptive cruise control – setkan kelajuan yang dikehendaki, kenderaan akan laju sendiri sehingga halaju yang ditetapkan & membrek sendiri kalau ada trafik perlahan. Cara penggunaan mungkin berbeza bergantung kepada pengeluar kenderaan.

📌 Gearbox DCVT – (updated) seperti dijangka, tapi kurang tepat ⁽⁷⁾. DCVT (Dual mode CVT) daripada Daihatsu ini sedikit berbeza daripada DCVT (Direct shift CVT) daripada Toyota.

DCVT Toyota menggunakan gear nisbah tetap pada gear pertama, kemudian bertukar kepada CVT apabila halaju kenderaan semakin tinggi.

Manakala DCVT Daihatsu pula menggunakan gear nisbah tetap pada gear terakhir, bermaksud apabila kenderaan sudah pada halaju tinggi & meluncur (cruising), CVT akan bertukar kepada gear terakhir yang mempunyai nisbah gear tinggi.

Saiz takal pada DCVT Daihatsu ni agak kecil, jadi untuk nisbah terakhir (gear paling tinggi), kalau masih guna CVT, mungkin enjin masih lagi berputar laju, oleh itu mereka gunakan gear nisbah tetap. Ini supaya, contohnya pada halaju 110 km/j, putaran enjin hanya 2000 RPM saja, jadi lebih jimatkan petrol & kurang bunyi bising enjin.

📌 Sistem infotainment – ini lebih dari jangkaan saya. Ativa dapat skrin 9 inci dengan voice recognition, mungkin boleh panggil ‘hai perodua’ untuk berbual dengan kereta 😅.

Instrument panel juga pertama kali gunakan jenis digital, jadi meter halaju & RPM semua di dalam skrin 7 inci.

Cuma saya tak tahu kalau sistem infotainment ini dapat guna Android Auto & Apple Carplay atau tak 🤔.

Untuk harga pula, boleh bajet² bayar dalam 700 ke 800 sebulan, ikut berapa banyak loan bank bagi.

Cuma satu yang saya agak terkejut, iaitu saiz tangki petrol, 36 liter saja, sama saiz tangki Viva, mungkin sebab nak kurangkan berat kenderaan. Kelemahan tangki petrol kecil ni, kalau nak jalan lebih jauh, kena isi tangki lebih banyak kali berbanding kenderaan dengan tangki yang lebih besar. Jalan pesisir (coastal road) kat Sarawak ni kurang sangat stesen petrol.

Dah tagline model ni ‘activate every destination’, mestilah nak guna untuk bawa banyak orang & barang ke destinasi² baru, yang jauh² kan? 😎

Dari hal tangki petrol, tengok pula #hargapetrol untuk minggu ke-4 Februari 2021:

🟡 RON 95 – 2.00 (+0.04)
🟢 RON 97 – 2.30 (+0.04)
⚫️ Diesel – 2.15 (harga siling)

⁽¹⁾ paultan.org/2021/02/19/perodua-d55l-suv-vs-the-proton-x50-and-perodua-aruz-specs-comparison
⁽²⁾ azwan082.my/2020/03/dengarnya-suv-compact-perodua-akan-keluar-dlm-suku-terakhir-tahun-ni
⁽³⁾ paultan.org/2021/02/22/perodua-ativa-suv-1kr-vet-1-0l-3cyl-turbo-deep-dive
⁽⁴⁾ paultan.org/2021/02/23/perodua-ativa-d55l-suv-dnga-platform-explained
⁽⁵⁾ youtu.be/UP-K-izKeNs
⁽⁶⁾ paultan.org/2021/02/19/official-2021-perodua-d55l-suv-open-for-booking-1-0t-cvt-asa-3-0-lka-acc-3-variants-from-rm62-5k
⁽⁷⁾ paultan.org/2021/02/24/perodua-ativa-how-d-cvt-is-different-to-other-cvts

Pin It Send Copy Link

Hantaran sohor kini:

Pusat 3S Honda dekat Jalan Merdeka dah siap

15 December 2020, 3:00 pm

Pusat 3S Honda dekat Jalan Merdeka dah siap.

Tempat ini bertentangan dengan pusat servis #Perodua, jadi tiap kali pergi servis, dapat tengok progress binaan bangunan #Honda baru ni.

Kawasan jualan dah diisi dengan banner & #kereta test drive seperti HRV, tapi bahagian servis masih tutup.

Last servis bulan 3 lalu, sebelum mula PKP. Masa tu bangunan ni masih lagi pasang interior finishing, seperti dinding, plaster, HVAC & wiring elektrik. Tempat menunggu servis Perodua pun dulu ada meja, sekarang tinggal kerusi susun jarak², nak bagi penjarakan fizikal.

Pusat servis lama Honda dengan nama yang sama, Northmont Capital, ada di sebelah pusat servis Perodua, sama baris bangunan. Lepas ni akan berpindah ke bangunan baru.

Tak jumpa pulak Honda City baru torque 250 Nm lebih, kalau ada boleh jugak nak test drive 🛻.

Servis kereta sekarang kena buat appointment, hanya seorang saja yang boleh masuk dalam kedai untuk berurusan. Sebelum ni, ada yang bawa satu keluarga nak pergi servis kereta, dari tok nek sampai cucu cicit, penuh tempat menunggu dah macam playground 🥴.

Pin It Send Copy Link

Harga petrol minggu ke-2 September 2020 + risikan kereta baru Proton

5 September 2020, 9:15 am

Harga petrol minggu ke-2 September 2020 + risikan kereta baru #Proton.

Proton X50 (bukan nama rasmi) sekali lagi dijumpai tengah dalam proses pandu uji di jalan raya. Dijangkakan akan dilancarkan dalam 1-2 bulan lagi ⁽¹⁾.

Proton Persona dan Iriz facelift pun sama juga ditemui tengah di test drive kat jalan raya, dengan memakai warna cat samaran. Model² ini pula dijangkakan dilancarkan tahun depan ⁽²⁾.

#Perodua D55L (juga bukan nama rasmi) pula, masih lagi belum ada berita bila #kereta ini akan dilancarkan, tapi ura² terkini menyatakan akan ditunda ke tahun depan ⁽³⁾.

Model yang dikatakan sambungan kepada Perodua Kembara itu adalah berasaskan model Daihatsu Rocky atau Toyota Raize, menggunakan enjin 1.0L dengan pengecas turbo. Sedangkan Nissan almari pun dah lancar semalam, Perodua belum lagi. Enjin sama 1L turbocharged, cuma output almari, eh, Almera 😅, lagi tinggi ⁽⁴⁾.

🟡 RON 95 – 1.71 (-0.01)
🟢 RON 97 – 2.01 (-0.01)
⚫️ Diesel – 1.78 (0.00)

#hargapetrol

⁽¹⁾ www.facebook.com/aurizn/photos/a.10156966215461080/10157433980846080
⁽²⁾ paultan.org/2020/09/04/spied-2021-proton-persona-and-iriz-facelift-new-styling-4at-and-active-crossover-variant-for-iriz
⁽³⁾ paultan.org/2020/08/14/perodua-d55l-suv-not-being-launched-this-year
⁽⁴⁾ paultan.org/2020/09/04/2020-nissan-almera-full-details-of-malaysian-spec-1-0-litre-turbo-3-variants-aeb-on-all-priced-from-rm8xk

Pin It Send Copy Link

Senarai harga kereta selepas pengecualian cukai jualan 2020

22 June 2020, 11:30 am

Senarai harga #kereta selepas pengecualian cukai jualan 2020.

Pada pengumuman pelan jana semula ekonomi negara (Penjana) lebih dua minggu lalu, ada disebut pengecualian cukai untuk kenderaan pemasangan tempatan (CKD) sebanyak 100% dan import sepenuhnya (CBU) sebanyak 50%.

Kereta jenama tempatan seperti Proton mengalami penurunan sebanyak RM400 hingga RM7,000. Model² Perodua pula mendapat penurunan harga dari RM723 hingga 4,674.

Untuk senarai penuh, rujuk sumber dari paultan.org/2020/06/13/2020-sst-exemption-all-the-revised-car-price-lists, ataupun menerusi pautan terus mengikut jenama dibawah:

• Audi – s1.paultan.org/image/2020/06/Audi-price-list-2020-SST-exemption-1.jpg
• BMW – s1.paultan.org/image/2020/06/BMW-price-list-2020-SST-exemption-V2-1.jpg
• Citroen / DS Automobiles – s1.paultan.org/image/2020/06/Citroen-DS-price-list-2020-SST-exemption.jpg
• Honda – s1.paultan.org/image/2020/06/Honda-price-list-2020-SST-exemption-1.jpg
• Hyundai – s1.paultan.org/image/2020/06/Hyundai-price-list-2020-SST-exemption-1.jpg
• Kia – s1.paultan.org/image/2020/06/Kia-price-list-2020-SST-exemption-1.jpg
• Lexus – s1.paultan.org/image/2020/06/2020-SST-Lexus-Malaysia-new-price-list.jpg
• Mazda – s1.paultan.org/image/2020/06/Mazda-price-list-2020-SST-exemption-1.jpg
• Mercedes Benz – s1.paultan.org/image/2020/06/2020-SST-Mercedes-Benz-Malaysia-new-price-list-.jpg
• MINI – s1.paultan.org/image/2020/06/MINI-price-list-2020-SST-exemption-1.jpg
• Mitsubishi – s1.paultan.org/image/2020/06/Mitsubishi-price-list-2020-SST-exemption-1-BM.jpg
• Nissan – s1.paultan.org/image/2020/06/Nissan-price-list-2020-SST-exemption-1.jpg
#Peroduas1.paultan.org/image/2020/06/Perodua-price-list-2020-SST-exemption-2.jpg
• Peugeot – s1.paultan.org/image/2020/06/Peugeot-price-list-2020-SST-exemption-1.jpg
• Porsche – s1.paultan.org/image/2020/06/Porsche-price-list-2020-SST-exemption-1.jpg
• Proton – s1.paultan.org/image/2020/06/Proton-price-list-2020-SST-exemption-1.jpg
• Renault – s1.paultan.org/image/2020/06/Renault-SST-discount-prices-1.jpg
• Toyota – s1.paultan.org/image/2020/06/2020-SST-Toyota-Malaysia-new-price-list.jpg
• Volkswagen – s1.paultan.org/image/2020/06/Volkswagen-price-list-2020-SST-exemption-2.jpg
• Volvo – s1.paultan.org/image/2020/06/Volvo-price-list-2020-SST-exemption-2.jpg

Pin It Send Copy Link

Dengarnya SUV compact Perodua akan keluar dlm suku terakhir tahun ni (#Perodua D55L)

7 March 2020, 9:00 am

Dengarnya SUV compact Perodua akan keluar dlm suku terakhir tahun ni (#Perodua D55L).

Antara ciri² menarik yg saya harap ada pd model ini nnt (ada niat nak angkat sebijik ni 😁):

Enjin 1.0L turbo = enjin Axia dgn turbo, road tax murah, pastu ada turbo jadi torque tinggi, takla rasa berat bila nak pecut dlm 30-60kmj 🏎. Top speed tak penting, yg penting dpt bawa byk barang.

Platform DNGA (Daihatsu New Global Architecture) = lebih kurang mcm TNGA (Toyota), ertinya ada penambahbaikan dr segi pengendalian, pengalaman memandu & keselamatan (chassis lebih kukuh). Harap NVH lebih bagus (kabin lebih senyap).

ASA (advance safety assist) yg lebih advance = blind spot monitor, lane keep control, lane departure warning, etc. = apa² sistem keselamatan advance yg ada pd Daihatsu Rocky yg takda pd ASA Perodua.

Cruise control / adaptive = #kereta sendiri ikut kenderaan di depan dan mengekalkan jarak tertentu, cth: 2-3 saat drpd kenderaan di depan. Bagus utk time jln jam ataupun kat highway, tak letih kaki tekan minyak & brek. Tapi sistem ni mgkn menyebabkan harga SUV ni nnt lebih mahal dari Aruz 🤔.

Gearbox DCVT (direct-shift CVT) = CVT ni bagus sbb jimat minyak & optimum performance. Tapi bkn mcm CVT yg ada pd Proton yg dihasilkan oleh Punch. Ini drpd Toyota, yg mana ciri unik dia, pada gear 1 ia menggunakan sistem gear auto konvensional, dan bila laju dah naik baru tukar ke CVT. Ini supaya kereta cepat bergerak dari keadaan pegun. Pengguna Proton CVT slalu komplen pasal ni, kereta lembab nak pickup.

Sistem infotainment = harap dapat pakai Apple Carplay, kalo tak, cari yg aftermarket.

Harga = harap² antara harga Myvi dgn Aruz.

Lain² = headlight LED, airbag, DRL, saiz rim, camera², warna, bodykit, tak kisah sangat.

Yang penting, SUV ni nnt memberi pengalaman memandu yg selesa, dpt bawa byk barang & tidak membocorkan dompet 💸, sebab nnt nak slalu jalan jauh 🚙🛣.

Pin It Send Copy Link