Bekenu Esplanade, album panorama 360

17 February 2021, 1:55 pm

Bekenu Esplanade, album panorama 360.

Esplanade dan tebingan (waterfront) sungai Sibuti ini tak jauh dari tugu buah sawit #Bekenu ⁽¹⁾. Sama seperti di Bintulu, esplanade ni nampak terbiar sekarang, papan tanda pun dah tak ada lagi.

Mungkin lepas dekat setahun kena PKP, banyak tempat umum begini yang dulunya mungkin ramai pengunjung & peniaga jalanan, sekarang dah terbiar tak terjaga. Namun, masih ada juga gerai² makanan di sekeliling tempat letak kereta berdekatan Bekenu Esplanade ini.

Dalam album #panorama360 di bawah, terdapat ciri baru di mana ada disambungkan (linked) hotspot untuk anda pergi ke album tugu buah sawit & balik ke album ini:

🌐 azwan082.my/pano/bekenu-esplanade-2020

⁽¹⁾ azwan082.my/2021/01/tugu-buah-sawit-bekenu

Pin It Send Copy Link

Hantaran sohor kini:

Tugu Buah Sawit, mercu tanda pekan Bekenu

28 January 2021, 12:45 pm

Tugu Buah Sawit, mercu tanda pekan Bekenu.

Landmark Bekenu.

#Bekenu merupakan sebuah pekan yang terletak di tepi Sungai Sibuti di dalam Daerah Subis. Subis dahulunya merupakan daerah kecil di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran #Miri, telah dinaiktaraf ke status daerah pada Ogos 2015 ⁽¹⁾.

Aktiviti ekonomi utama penduduk Bekenu sebelum ini adalah menjadi nelayan. Sejak adanya projek penanaman kelapa sawit pada 1998 ⁽²⁾, semakin ramai penduduk terlibat dalam aktiviti ini. Hampir kesemua keluarga memiliki tanaman sawit, dengan bilangan pokok yang berbeza mengikut berapa besar tanah yang dimiliki ⁽³⁾.

Menyedari betapa pentingnya tanaman sawit dalam menjana ekonomi setempat, maka sebuah tugu buah sawit dibina di tengah² pekan ini sebagai #mercutanda. Lihat persekitaran tugu ini di dalam album gambar #panorama360:

🌐 azwan082.my/pano/tugu-buah-sawit-bekenu-2020

⁽¹⁾ sarawak.gov.my/web/home/news_view/223/5360
⁽²⁾ doa.sarawak.gov.my/modules/web/pages.php?lang=bm&mod=webpage&sub=page&id=366
⁽³⁾ www.theborneopost.com/2016/04/18/bekenu-of-blue-tears-oil-palms-rural-devt

Pin It Send Copy Link