Tugu Pokok Lada, mercu tanda pekan Jakar

25 February 2021, 2:35 pm

Tugu Pokok Lada, mercu tanda pekan Jakar.

Selepas simpang Saratok, hentian seterusnya sebelum sampai ke Sibu ialah pekan Jakar. Pekan yang terletak di tepi Sungai Sarikei ini terdapat banyak kedai makan terutamanya makanan seafood.

Ada juga stesen petrol Shell untuk isi minyak, di samping banyak kedai runcit. Sesuai untuk berhenti rehat selepas berhempas pulas di jalan #PanBorneo 🥴.

Tak jauh selepas pekan ini sudah sampai simpang untuk terus ke Sarikei, atau belok kanan ke Sibu. Lebuhraya Pan Borneo nanti rasanya akan buat jalan terus ke Sibu, dan akan ada simpang keluar (exit) ke Sarikei.

Jakar berada di dalam daerah #Sarikei, yang juga terkenal dengan hasil pertanian, dan salah satu tanaman yang banyak terdapat di sini ialah lada. Tugu pokok lada ini adalah sebagai #mercutanda pekan Jakar ini.

Jangan salah sebut nama tempat lagi, nanti ada yang terbeliak mata nanti 👀.

😅

Pin It Send Copy Link

Hantaran sohor kini:

Jalan² tengok Gedong dah maju 😂

21 February 2021, 12:45 pm

Jalan² tengok Gedong dah maju 😂.

① – Kelmarin dalam post tentang benak ⁽¹⁾, saya ada menyebut tentang #Gedong. Saya tinggal di sana dalam tahun 2000-an, dan seperti kebanyakan tempat di Sarawak waktu tu, kemajuan infrastruktur agak lambat untuk direalisasikan. Jalan raya, sekolah, klinik, kedai, tempat riadah semuanya semakin usang, hanya rumah YB yang makin cantik 😏.

② – Beberapa minggu lalu saya datang balik ke Gedong & lihat kedai lama di sini dah tak ada lagi, digantikan dengan Anjung Usahawan yang lebih baru & moden. Dulu bangunan kayu, sekarang bangunan konkrit. Depan kedai ni dulu hanya gelanggang badminton kecil & semak samun, sekarang dah luas dapat budak² kampung main futsal & ada tempat letak kereta lagi.

Kat kawasan depan kedai inilah ada diletakkan buaya² yang ditangkap di Sungai Krang waktu banyak kes² orang kena serang buaya di sini dulu.

③ – Dulu kami tinggal di kuarters klinik ini, waktu tu rumah ni gayanya dah nak roboh, dengan tanah yang sering digenangi air paya. Sekarang dah disimen habis & dibuat #jalan bertar. Rumah kuarters pun dah cat baru, tingkap aluminium sliding baru. Dulu guna tingkap nako dengan netting nyamuk, punyalah berhabuk dalam rumah, dengan design siling dalam rumah tak ada loteng, bila cuaca panas, berbekum dalam rumah 🥵.

④ – Menara jam ini boleh jadi #mercutanda Gedong yang baru. Di tepinya ada dipaparkan motif daripada songket Sarawak, oleh Permata Songket Gedong.

Bertentangan dengan menara jam ini ada medan selera (food court), dengan banyak tempat parkir. Hujung² minggu kalau nak keluar dari bandar nak cari tempat santai makan² lepas buat weekend drive, kat sini nampak best 👍🏻.

⁽¹⁾ azwan082.my/2021/02/taman-panorama-benak-simanggang

Pin It Send Copy Link

Tugu Council Negri, Bintulu

10 February 2021, 4:00 pm

Tugu Council Negri, Bintulu.

“Monumen ini adalah untuk memperingati ulang tahun ke-100 perjumpaan pertama dewan undangan negeri Sarawak yang diadakan di tapak ini pada 8 September 1867.”

“Tugu Council Negri Sarawak adalah badan perundangan terbesar dan tertua di Malaysia. Di tapak ini, majlis dewan undangan negeri ditubuhkan dan perjumpaan sulung dilangsungkan pada 8 September 1867.

Rajah ke-2 kerajaan Brooke, Sir Charles Brooke, bersama 5 orang pegawai British beserta 16 orang ketua komuniti Melayu dan Melanau menghadiri perjumpaan ini.

Pada 22 Mei 1951, Kesatuan Parlimen Komanwel cawangan Sarawak telah dibubarkan & digabungkan dengan dewan undangan negeri ini, menjadikannya salah satu cawangan tertua di Asia Tenggara.”

Itu merupakan terjemahan daripada teks yang terdapat pada plakat pada tugu ini, yang menjadi salah satu #mercutanda di bandar #Bintulu. Lihat persekitaran tempat ini di dalam album #panorama360:

🌐 azwan082.my/pano/tugu-council-negri-sarawak-bintulu-2020

Pin It Send Copy Link

Tugu sarang burung walit, mercu tanda pekan Batu Niah

7 February 2021, 2:35 pm

Tugu sarang burung walit, mercu tanda pekan Batu Niah.

Landmark Batu Niah.

Pekan ini terletak di seberang Sungai Niah, bertentangan dengan Taman Negara Niah, di mana terletaknya Gua Niah, lokasi penempatan manusia terawal di Malaysia timur ⁽¹⁾.

Walaupun terletak antara Bintulu dan #Miri, Batu Niah jarang di singgah sebab lokasinya yang kena jalan masuk jauh dari simpang jalan utama iaitu jalan pesisir Bintulu – Miri.

Kalau ada yang sampai ke sini, pasti akan ternampak binaan tulisan selamat datang ke Batu Niah. Tapi mungkin sedikit atau tak tahu langsung wujudnya tugu sarang burung walit ini. Terletak kat Batu Niah Central Park, tempatnya pun nampak terbiar.

Antara aktiviti ekonomi di sini ialah mengutip sarang burung yang terdapat di Gua Niah, dan disebabkan itulah tugu ini menjadi #mercutanda. Lihat persekitaran tugu ini dalam album #panorama360:

🌐 azwan082.my/pano/tugu-sarang-burung-walit-batu-niah-2021

🦇

⁽¹⁾ www.abc.net.au/science/slab/niahcave/history.htm

Pin It Send Copy Link

Tugu Burung Swan, mercu tanda bandar Sibu

2 February 2021, 3:00 pm

Tugu Burung Swan, mercu tanda bandar Sibu.

Landmark Sibu.

Burung swan dipilih sebagai #mercutanda bandar #Sibu berdasarkan kisah lagenda yang menyatakan penduduk tempatan terlihat burung² swan berterbangan di langit selepas berakhirnya bencana kebuluran.

Menurut kisah lain pula, burung swan dipilih kerana imigran awal Cina ke Sibu memanggil orang Melanau sebagai orang ‘go’, berasal daripada perkataan ‘sago’ ataupun sagu, makanan ruji orang Melanau. Kebetulan, sebutan ‘go’ menyerupai perkataan ‘swan’ dalam loghat Hokkien, seterusnya memanggil sungai Rajang sebagai sungai ‘go’, bermaksud sungai swan.

Sekarang Sibu masih di dalam PKP, tak dapat merentas zon untuk jalan² tengok tempat, jadi hanya boleh tengok persekitaran tugu swan ini & Sungai Rajang di album #panorama360:

🌐 azwan082.my/pano/tugu-swan-sibu-2020

Rujukan: smc.gov.my/modules/web/pages.php?lang=en&mod=webpage&sub=page&id=101&menu_id=0&sub_id=159

Pin It Send Copy Link

Tugu Buah Nanas, mercu tanda bandar Sarikei

1 February 2021, 10:56 am

Tugu Buah Nanas, mercu tanda bandar Sarikei.

Landmark Sarikei.

Dulu waktu saya diam kat Penang, bila ke Giant Bayan Baru, terdapat banyak nanas dijual dengan label nanas Sarawak 🍍.

Di Sarawak, sepanjang kawasan delta sungai dengan tanah gambut seperti di Samarahan, Gedong, Simunjan, #Sarikei, Mukah hingga ke Miri, banyak ditanam dengan tanaman nanas ⁽¹⁾.

Tapi nanas yang paling popular menjadi permintaan ramai ialah nanas dari Sarikei, disebabkan kualiti & rasa manis yang lebih sedap. Sehinggakan ada baka nanas yang dipanggil nanas Sarikei. Antara baka nanas lain yang banyak ditanam ialah Josapine, Maspine, N36 & MD2 ⁽²⁾.

Sarikei juga digelar pekan nanas, dan tugu ini menjadi #mercutanda kepada pekan ini. Lihat persekitaran tugu yang bersebelahan dengan Sungai Rajang ini di album #panorama360:

🌐 azwan082.my/pano/tugu-nanas-sarikei-2020

Minggu depan Gong Xi Fa Cai, banyak orang Cina cari nanas kecil dan nanas bentuk kipas 😲.

360° viewer kat blog juga dah update, sekarang loading gambar lebih pantas, walaupun saiz gambar besar 👍🏻.

⁽¹⁾ sarawakvoice.com/2016/06/30/sarawak-bakal-keluar-nenas-baka-baharu-md2-naroden
⁽²⁾ suarasarawak.my/2020/05/20/nanas-parit-bugis-manis-laris

Pin It Send Copy Link

Tugu Buah Sawit, mercu tanda pekan Bekenu

28 January 2021, 12:45 pm

Tugu Buah Sawit, mercu tanda pekan Bekenu.

Landmark Bekenu.

#Bekenu merupakan sebuah pekan yang terletak di tepi Sungai Sibuti di dalam Daerah Subis. Subis dahulunya merupakan daerah kecil di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran #Miri, telah dinaiktaraf ke status daerah pada Ogos 2015 ⁽¹⁾.

Aktiviti ekonomi utama penduduk Bekenu sebelum ini adalah menjadi nelayan. Sejak adanya projek penanaman kelapa sawit pada 1998 ⁽²⁾, semakin ramai penduduk terlibat dalam aktiviti ini. Hampir kesemua keluarga memiliki tanaman sawit, dengan bilangan pokok yang berbeza mengikut berapa besar tanah yang dimiliki ⁽³⁾.

Menyedari betapa pentingnya tanaman sawit dalam menjana ekonomi setempat, maka sebuah tugu buah sawit dibina di tengah² pekan ini sebagai #mercutanda. Lihat persekitaran tugu ini di dalam album gambar #panorama360:

🌐 azwan082.my/pano/tugu-buah-sawit-bekenu-2020

⁽¹⁾ sarawak.gov.my/web/home/news_view/223/5360
⁽²⁾ doa.sarawak.gov.my/modules/web/pages.php?lang=bm&mod=webpage&sub=page&id=366
⁽³⁾ www.theborneopost.com/2016/04/18/bekenu-of-blue-tears-oil-palms-rural-devt

Pin It Send Copy Link

Tugu Sayur Sawi, mercu tanda pekan Tapah, Siburan

26 January 2021, 10:55 am

Tugu Sayur Sawi, mercu tanda pekan Tapah, Siburan.

Landmark Tapah.

Kalau kat Malaya ada R&R Tapah di lebuhraya Utara-Selatan, di Sarawak ada Tapah di batu 22, lebuhraya Kuching-Serian, selepas #Siburan.

Selalunya kalau saya ke Serian, tak ada singgah mana² pekan di sepanjang perjalanan. Tu yang bila saya dapat tahu ada tugu #mercutanda kat sini, terus tak lepas peluang untuk ambil gambar #panorama360:

🌐 azwan082.my/pano/tugu-sayur-sawi-tapah-2020

Terdapat beberapa kedai runcit & kedai makan berdekatan dengan taman rekreasi Tapah, lokasi tugu ini. Kalau bergerak dari arah bertentangan, menuju ke Kuching, terdapat Tapah Sentral ⁽¹⁾, kawasan pembangunan baru (development area) di bahagian kiri. Di sini terdapat banyak bangunan kedai & taman perumahan baru yang pembinaannya telah bermula pada 2011.

Di sepanjang jalan Kuching-Serian dekat Tapah ini, dapat dilihat kebun² sayur & tapak semaian sawit, mungkin sebab itu tugu sayur sawi dibina sebagai simbolik pekan ini.

⁽¹⁾ www.facebook.com/tapahsentral

Pin It Send Copy Link

Tugu Pokok Getah, mercu tanda pekan Betong

23 January 2021, 9:45 am

Tugu Pokok Getah, mercu tanda pekan Betong.

Landmark Betong.

#Betong merupakan salah satu pekan yang terletak di tepi Sungai Padeh, yang mengalir menuju ke Batang Saribas, dan merupakan pusat pentadbiran daerah Betong yang terletak di antara Simanggang dan Sarikei. Daerah Betong yang dahulunya sebahagian daripada daerah Sri Aman, menjadi daerah pentadbiran ke-12 di Sarawak pada Mac 2002.

Betong merupakan pengeluar getah utama di Sarawak. Tugu pokok getah yang menjadi #mercutanda Betong ini telah dibina pada bulan September 1996. Boleh tengok persekitaran tugu ini di dalam album #panorama360:

🌐 azwan082.my/pano/tugu-pokok-getah-betong

Berikut merupakan teks yang terdapat pada plakat pada tugu ini:

“Replika Pokok Getah.

Sejarah telah membuktikan bahawa getah pernah menjadi sumber hasil utama negara. Getah masih merupakan aset yang memakmurkan negara.

Suatu ketika dahulu, Betong yang masyhur dengan kepahlawanan wiranya, Panglima Rentap, merupakan pengeluar utama getah di Bumi Kenyalang. Betong dan getah adalah suatu nama yang sinonim. Getah itu tuah.

Atas alasan itulah maka pokok getah telah dipilih sebagai lambang kemegahan Betong.

Replika pokok getah yang berdiri megah di Medan Pasar ini bercirikan sepohon pokok getah yang telah dicantas. Ia melambangkan sejarah silam Betong yang berlalu dimamah usia.

Sebatang tunas baru yang tumbuh pada batang getah lama melambangkan semangat baru dan keazaman baru Betong untuk bersaing dan berkembang maju selari dengan kemajuan pesat negara menuju Wawasan 2020. Tunas itu melambangkan Betong Baru.

Di keempat-empat penjuru tembok asas replika, terpampang kegiatan ekonomi harian dan hasil keluaran penduduk tempatan sejak turun-temurun di Daerah Saribas, yang menjadi asas punca ekonomi yang memberi nafas kepada pembangunan di persekitaran Betong.

Semoga dengan berdiri megahnya lambang pokok getah ini di Medan Pasar, suatu lokasi yang paling strategik di Betong, akan meniupkan angin perubahan yang lebih deras ke arah mencapai cita-cita Betong Baru menerusi Dasar Politik Pembangunan kerajaan Barisan Nasional dalam suasana kestabilan dan keharmonian demi pencapaian Matlamat Wawasan 2020.”

💬 Dapat rasa mesej positif penulis teks ini pada tahun 90-an dulu. Sekarang, wawasan 2020? BN? 😂

Pin It Send Copy Link

Tugu Buah Limau, mercu tanda pekan Bintangor

20 January 2021, 12:10 pm

Tugu Buah Limau, mercu tanda pekan Bintangor.

Landmark Bintangor.

#Bintangor adalah pekan yang terletak antara #Sarikei dan #Sibu. Nama asalnya adalah Binatang, tapi dah ditukar pada tahun 1984, sebab nama ‘Binatang’ tu kurang enak. Nama Bintangor diambil daripada pokok Bintangor yang banyak tumbuh di tepi sungai di kawasan ini.

Menurut sejarah, kawasan ini dinamakan Kampung Binatang Makan Engkabang, sebab waktu musim buah engkabang, banyak binatang datang makan buah yang jatuh di tebing sungai Rajang.

Orang Melayu telah menetap di sini lebih awal daripada orang Cina Foochow, kira² sebelum 1896, namun mereka telah mula berpindah ke tempat lain. Orang Foochow membuka kampung mereka di sini pada tahun 1920-an. Rajah Brooke telah meminta orang Melayu supaya kekal menetap di kampung di hilir sungai untuk memberi perlindungan kepada orang Foochow daripada orang² pribumi.

Orang² Foochow ini kemudiannya membuka kawasan pertanian di pertemuan antara sungai Rajang & sungai Meradong. Kini, hasil pertanian yang paling popular ialah limau Bintangor.

Setiap tahun pada bulan Mac hingga Jun merupakan musim buah limau. Banyak gerai didirikan di tepi jalan, menjual buah² limau hasil daripada sektor agrikultur di sini. Antara petua untuk memilih buah limau Bintangor yang manis ialah memastikan buah mempunyai bahagian bawah yang cengkung 🍊.

Buah limau Bintangor ini sangat laris, sehinggakan ia digunakan untuk menghasilkan minuman jus jenama Ching San ataupun Green Mountain. Tapi sekarang dah tak ada lagi disebabkan persaingan daripada jenama luar.

Ini #mercutanda pekan Bintangor, tugu buah limau dalam album #panorama360:

🌐 azwan082.my/pano/tugu-limau-bintangor-2020

Rujukan:
www.theborneopost.com/2013/03/10/bintangor-the-sweet-and-bright-pill
www.bharian.com.my/bhplus-old/2016/11/208452/bintangor-terkenal-dengan-limaunya

Pin It Send Copy Link