Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Rak buku DIY

Jumaat, 15 Mac 2019, 4:06 pm0

Kali ini saya tidak buat rangka untuk rak, tapi buat tingkat rak dahulu, kemudian tingkat² tersebut disambung pada dinding rak.

1 – 4 keping plywood 40cm x 50cm, dipasang dengan kayu 1×1 (daripada kayu 1×2 yang dibelah menegak) sebagai penyokong atau tulang kepada tingkat rak.

2 – Dinding rak pula diperbuat daripada plywood 95cm x 40cm, disambung ke kayu tulang tingkat rak. Saya menggunakan botol terpakai diisi air sebagai penyokong untuk mendirikan dinding semasa dipasang.

3 – Aras paling atas dan bawah dipasang dahulu, kemudian barulah aras² yang lain. Jarak antara tingkat adalah 30cm. Kesemua plywood dan tetulang diikat dengan skru dan gam kayu.

4 – Produk yang telah siap, tapi belum dicat atau varnis lagi. Setelah lama duduk dalam kotak, sekarang printer dah ada tempat letak 🤓.

Facebook
Instagram

Pin this image:

Tulis komen: