Cara nyala api bushcraft BBQ semalam

186510055_303794911190325_959880515908673087_n.jpg

Jumaat, 14 Mei 2021, 5:55 pm

Cara nyala api bushcraft BBQ semalam.

Sambungan daripada post semalam ⁽¹⁾, kalau guna arang kedai, nyala guna gas torch pastu arang terus terbakar perlahan, macam senang sangat. Saya nak cuba style , mulakan api menggunakan kayu² yang ada di hutan.

Mula² kena cari kayu yang kering. Kalau lembap sikit pun susah kayu tu nak terbakar. Kayu masih hidup pun tak dapat jugak, sebab masih mengandungi air. Sebaiknya kayu dari pokok yang dah mati atau tumbang. Kayu yang dah mula mereput pula kurang sesuai sebab dah lembut, cepat terbakar & cepat jadi abu. Kena pilih jenis kayu yang cepat menyala, tapi lambat rentung jadi abu.

Pastu sediakan kayu² tersebut, kena ada kayu dari saiz kecil, sederhana hinggalah besar. Kayu saiz kecil digunakan untuk menyambung api dari fire starter. Api dari fire starter cepat nyala & cepat padam, jadi kena ‘tangkap’ api tu ke kayu kecil yang terbakar lebih lama sikit. Sebaiknya guna ranting² pokok yang dah mati & kering, ataupun cara saya, belah kayu² besar sehingga kecil² saiz batang pensel atau chopstick.

Untuk fire starter, saya gunakan tiub tayar basikal ⁽²⁾ dengan kertas kotak. Kedua² sesuai sebab mudah menyala & lambat padam, berbanding kertas suratkhabar ataupun daun / rumput kering, yang cepat nyala & cepat padam.

Kemudian, bila kayu kecil dah mula menyala, terus letakkan kayu saiz sederhana. Tujuannya juga sama, bagi mengekalkan api dari kayu kecil daripada terpadam. Kayu sederhana ni juga boleh gunakan ranting² yang lebih besar.

Saya pilih cara membelah kayu besar kepada kayu kecil sebab banyak kayu kat hutan dah basah & lembap kena hujan waktu malam. Nasib baik banyak kayu lebih dari buat construction rumah ada tersimpan di tempat teduh. Itu sebab jugak saya letakkan 2 kayu besar sebagai lantai untuk mulakan api, sebab tanah masih lembap.

Last sekali bila api dah menyala stabil, baru letak kayu besar sebagai kayu api utama. Kayu ini yang akan terbakar perlahan & membara sambil menghasilkan haba yang digunakan untuk memasak makanan.

Video pendek ada kat sini:

⁽¹⁾ azwan082.my/2021/05/steak-bushcraft-aidilfitri
⁽²⁾ azwan082.my/2020/07/baru-nak-kenal-saiz-tiub-tayar-basikal

Komentar

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.

Kandungan berkaitan: