Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Satu lagi meja ketuhar DIY

Jumaat, 29 Mac 2019, 6:20 pm0

1 – Rangka meja dibuat sama seperti meja ketuhar mikro yang dibuat bulan lalu. Saiznya 40cm panjang, 60cm lebar dan 95 cm tinggi.

2 – Di sini saya menggunakan skru 2” untuk menyambungkan rangka. Ianya lebih mudah cuma mata skru mudah menjadi tumpul jika terlepas daripada skru semasa diketatkan pada kayu yang keras.

Tips untuk menyambungkan kayu menggunakan skru – tebuk dahulu lubang pada bahagian di mana skru akan mula dipasang. Saiz lubang hendaklah sedikit kecil daripada saiz skru yang digunakan. Pada bahagian kayu yang ingin disambung, buat lubang kecil sahaja cukup sebagai panduan untuk skru masuk, namun jika kayu tersebut jenis lembut, tak perlu dibuat lubang.

3 – Permukaan meja telah dipasang dengan plywood 10mm yang telah dipotong mengikut saiz & dibawa dari rumah kampung.

4 – Saya tak bawa varnis balik dari rumah kampung, jadi meja ini menggunakan konsep brutalis buat masa sekarang 😎.

Facebook
Instagram

Pin this image:

Tulis komen: