Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Cara membuat sistem NFT untuk akuaponik - Sambungan kembali ke tangki takungan

Jumaat, 7 Jun 2019, 6:53 pm0

① – Di hujung aliran keluar daripada saluran tanaman terdapat paip ½” menuju ke bawah. Paip² ini disambung bersama menggunakan paip 2” yang telah dibuat lubang untuk memasukkan paip ½” daripada saluran tanaman.

Rangka meja NFT ini lebih pendek daripada saluran tanaman, jadi saya tambah kayu untuk memegang paip 2” tersebut. Kayu tambahan di sebelah kiri telah ditambah sekeping kayu kecil (anak panah hijau) untuk membolehkan air dalam paip 2” ini mengalir turun ke bahagian kiri yang lebih rendah parasnya (anak panah biru menunjukkan arah aliran). Paip 2” dan kayu tambahan diikat hanya menggunakan dawai.

② – Sambungan T dibuat daripada paip 2” yang menggabungkan saluran tanaman ke paip menuju ke tangki takungan. Paip ini ditanam tidak berapa dalam di dalam tanah, lebih kurang 1”, supaya paip tidak mengganggu pergerakan semasa bekerja di sekitar meja NFT.

③ – Begini parit yang digali untuk meletakkan paip 2” kembali ke tangki takungan. Bahagian paip ini akan berisi air sepanjang masa, jadi saya gamkan bahagian ini.

④ – Dan ini sambungan yang tiba di tangki takungan. Kalau dilihat sambungan paip ini naik ke atas sebelum masuk ke dalam tangki. Paras air dalam paip 2” ini akan sentiasa berada pada paras sama tinggi dengan bukaan tangki takungan (anak panah hijau), jadi apabila air daripada saluran tanaman sentiasa mengisi paip ini, ia akan melimpah ke dalam tangki takungan. Ini yang saya maksudkan dengan paip ini sentiasa berisi air. Cara ini berhasil jika sambungan dari saluran tanaman adalah lebih tinggi daripada hujung paip di tangki takungan.

Saya gunakan sambungan T di sambungan masuk daripada saluran tanaman dan keluar di tangki takungan, sebab ia adalah lebihan sambungan yang saya ada. Tapi ia berguna juga sebab saya dapat memeriksa aliran air yang masuk dan keluar daripada saluran NFT ke tangki takungan.

Sambungan artikel:

Ikuti Instagram dan Facebook saya untuk mendapatkan pengumuman kandungan terbaru berkenaan aquaponics dan juga projek² sampingan saya.

E-mau vs kolok

11 Jun 2019

Tulis komen: