Cara membuat sistem NFT untuk akuaponik - Saluran tanaman (channel)
Isnin, 3 Jun 2019, 6:01 pm0
① – Saya menggunakan paip UPVC 4” sebagai saluran tanaman (channel) untuk sistem NFT ini. Mulanya saya mahu membuat saluran sepanjang 10’ setiap satu, tapi paip yang saya beli ini panjangnya adalah 18’ 8”, mungkin ini adalah panjang piawai. Jadi saya potong kepada dua bahagian, 10’ dan 8’ 8”, dan sebab itu anda boleh lihat paip² tersebut berlainan panjang.
Lubang tanaman pula saya buat menggunakan gergaji lubang saiz 50mm (2”), dengan jarak 8” antara lubang². Di hujung keluar saluran, saya tidak buat lubang tanaman di sana sebab ada paip ½” untuk sambungan kembali ke tangki takungan, takut akar tanaman akan menyumbat paip tersebut.
② – Inilah paip sambungan kembali ke tangki takungan. Kebanyakan sistem NFT yang lain menggunakan tank connector, tapi saya mahu mengguna semula paip² lebihan jadi saya pilih cara ini. Paip ½” saya potong pendek, kemudian dipanaskan menggunakan api dapur sehingga lembut dan dapat disarungkan ke dalam paip ½” yang lebih panjang. Ia bertindak sebagai penyangkut agar paip ½” itu tidak tanggal daripada saluran tanaman.
③ – Paip sambungan ½” ini kemudiannya dibubuh silikon untuk mengelak kebocoran. Terdapat juga ‘penyangkut’ yang dimasukkan dari bawah untuk mengikat paip sambungan itu pada tempatnya.
④ – Di kesemua hujung dan pangkal paip 4” saya lekatkan end cap yang dibelah dua ini. Rancangan asal ialah menggunakan setengah end cap hanya pada saluran masuk, tapi kedai kehabisan stok jadi kenalah sesuaikan dengan keadaan .
Keseluruhannya, sistem NFT ini mempunyai 8 saluran, 4 saluran 10’ dan 4 saluran 8’ 8”, dengan jumlah 104 lubang tanaman.
Sambungan artikel:
- Bhgn 1: Struktur & rangka
- Bhgn 2: Saluran tanaman (channel)
- Bhgn 3: Sambungan kembali ke tangki takungan
- Bhgn 4: Saliran masuk
—
Ikuti Instagram dan Facebook saya untuk mendapatkan pengumuman kandungan terbaru berkenaan aquaponics dan juga projek² sampingan saya.
5 Jun 2019
2 Jun 2019