Masak sayur pun nak letak kari ka?

wm_93679793_136428421260309_878830878053105664_n.jpg
wm_93562957_136428511260300_8114230808933302272_n.jpg

Rabu, 15 April 2020, 11:40 am940

Ini reaksi kami dulu yg datang ke Malaya, dan tengok menu sayuran yang ada, kalau tak berkari, mesti bersantan. Berbeza dgn di Sarawak, di mana sayur dimasak cara stir fry ataupun rebus, lebih mudah didapati.

Kali ni saya nak kongsi masak sawi dan cangkuk manis stir fry yg paling mudah utk dibuat. Bahan² yg digunakan juga ringkas.

  • Hiris bawang putih & bawang merah.
  • Potong sayur sawi, daun cangkuk manis tak perlu dipotong.
  • Tumis bawang putih & bawang merah
  • Bubuh perasa – seasoning Maggi, garam dan lada
  • Masukkan sayur, gaul hingga daun layu.
  • Tambah sedikit air, kemudian biar mendidih sekejap sebelum padam api dapur.

Ini sayur meal prep saya, disimpan terus dalam bekas kontena. Ambil sesudu saja bila nak , pastu lebihnya simpan dalam peti sejuk, boleh tahan 2-3 hari.

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/136428581260293/

Pingback: Masak sayur pun nak letak kari, part 2

Tulis komen: