Cara DIY tukar getah luar cermin pintu (door outer moulding) Perodua Viva

Rabu, 9 Disember 2020, 2:10 pm

Cara DIY tukar getah luar cermin pintu (door outer moulding) Perodua Viva.

Getah pada bahagian luar cermin pintu ni selepas 9 tahun dah mula mengeras dan berkecai (brittle). Sekarang senang, alat ganti (replacement part) untuk bahagian ini ada dijual online, saya beli menerusi Shopee pada jualan 11.11 bulan lalu.

① – Ini getah cermin pada tempat duduk penumpang bahagian belakang yang sudah berlubang. Bahagian lain tak ada yang berlubang, cuma getahnya dah keras, bila² masa akan hancur bila ditekan. Oleh itu saya tukar kesemua 4 tingkap sekali.

Cara nak buka & pasang getah ini secara mudah saja, tak perlu peralatan, cuma kena guna kekuatan tangan untuk mencabut getah dari tingkap. Tapi kena turunkan tingkap habis² dulu. Nak pasang balik pun cuma masukkan getah ke tempatnya dan tekan. Kalau tak jelas, boleh tengok video ni https://youtu.be/vy5VqE0xPvI?t=81.

② – Ini nombor part untuk setiap getah cermin yang sesuai untuk Viva.

Kalau nak beli kat Shopee, boleh cari guna keyword ‘viva door outer moulding’.

#DIY #howto #kereta #vivaturbo
Disember 2020
Share Tweet Save Send Copy