Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Nak cuba buat hidroponik kratky method

241686049_377765837126565_7659334040917647798_n.jpg
241643249_377765830459899_1918090378986064869_n.jpg

Khamis, 9 September 2021, 11:05 pm0

Dulu² agak susah nak jumpa pasaraya jual baja AB, kat kedai & nurseri pun hanya jual baja AB cecair, jenis pepejal kena beli online.

Baja AB pepejal ni ada dijual kat Emart, sekilo RM30, dah makin murah. Seingat saya dulu², dalam tahun 2019, sebotol baja AB satu liter pun harga 20 lebih.

Baja AB pepejal ni kena dilarutkan menjadi ‘pati’ baja, larutan baja yang pekat ataupun larutan stok. Lepas tu bila nak pakai, kena larutkan lagi hingga bacaan EC yang sesuai. Mungkin dapat guna hingga setahun lebih baja banyak ni 😁.

Banyak tin terpakai & bekas plastik protein powder warna hitam, sesuai untuk buat hidroponik kratky, sebab tak telus cahaya matahari. Kalau cecair baja hidroponik ni terdedah dengan cahaya nanti cepat tumbuh lumut.

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/377765880459894/

Pingback: Bancuh baja AB pepejal untuk jadi stok

Tulis komen: