Mora meninggalkan JDT + keputusan perlawanan ke-13 Liga Super 2022

294913157_714330259733889_8994865565887148758_n.jpg

Khamis, 28 Julai 2022, 10:00 pm45

Banyak cerita bola sejak minggu lalu. Yang paling hangat diperkatakan ialah berkenaan ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora. Semalam, JDT mengesahkan yang Mora telah meninggalkan JDT ⁽¹⁾, dan tempatnya digantikan Hector Bidoglio ⁽²⁾. Mora dikatakan mahu pulang ke Mexico atas sebab peribadi, namun timbul gosip ada sebab lain, susulan daripada IG story Mauricio ⁽³⁾.

Sarawak Utd vs JDT

Walaupun tanpa Benjamin Mora mengemudi skuad, JDT tetap kuat. Juga walaupun tidak menurunkan barisan terbaik, 4 gol memastikan 3 mata dibawa balik.

Kat bahagian sayap biasanya ada Arif Aiman, kali ini Ramadhan Saifullah & Sumareh yang mengisi posisi. Syahmi Safari pemain pertahanan, juga muncul sebagai penjaring gol.

Di hujung perlawanan, Forestieri dijatuhkan dalam kotak penalti untuk sepakan penalti. Nampak Bergson cuba berunding supaya dia dapat ambil penalti untuk tambah rekod peribadi, tapi hujung² Forestieri yang ambil & mudah skor 😅.

Sri Pahang vs Selangor

Saya tak tengok match ini. Berdasarkan highlight, Sri Pahang berjaya mengejutkan Selangor dengan mempergunakan kesilapan pertahanan Selangor.

Cerita pasal Sri Pahang, mereka tukar lagi jurulatih. Dollah Salleh dah jadi macam jurulatih bidan terjun. Tiap tahun macam ni. Lepas separuh musim, nampak prestasi pasukan tak memberangsangkan, pihak pengurusan pun pergi tukar jurulatih.

Ini yang menjadi kritikan peminat kerana nampak seperti hanya jurulatih sahaja yang dipertanggungjawabkan di atas prestasi buruk pasukan, dan pihak pengurusan kerjanya hanya cari jurulatih lain ⁽⁴⁾.

Berkenaan Selangor pula, ini merujuk kepada perlawanan Piala FA menentang Sabah. Terdapat isu pengadil menyepak pemain, dengar cerita ia adalah reaksi daripada pengadil apabila kakinya dipijak ⁽⁵⁾.

Piala FA

Melaka Utd menjadi pasukan ke-4 dikecewakan oleh JDT di saat² akhir, selepas Bergson yang dimasukkan di hujung perlawanan, menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan ⁽⁶⁾.

Perubahan liga

Ada beberapa perubahan pada struktur liga bola sepak Malaysia bermula tahun depan, antaranya Liga Super membabitkan 18 pasukan, berbanding 12 pasukan sejak 2013, Liga Premier dimansuhkan dan kuota pemain import dinaikkan sehingga 9 orang untuk setiap pasukan ⁽⁷⁾.

Keputusan

26/7
PJ City 1 – 2 Sabah
Melaka Utd 4 – 1 Penang

27/7
Sri Pahang 2 – 0 Selangor
Sarawak Utd 0 – 4 JDT
N Sembilan 2 – 1 Terengganu
KL City 2 – 1 Kedah

Kedudukan
PasukanPMSKGBDMata
JDT1210203262632
Sabah1391322121028
N Sembilan13652169723
KL City ↑3135351920-118
Kedah ↓1125251822-417
Selangor ↓1124442420416
Melaka Utd ↑1124441715216
Terengganu ↓2115151413116
Sri Pahang ↑2123271520-511
PJ City ↓1122551522-711
Sarawak Utd ↓1133191233-2110
Penang131481325-127

⁽¹⁾ https://www.vocketfc.com/rasmi-benjamin-mora-kini-bukan-lagi-jurulatih-jdt/
⁽²⁾ https://www.vocketfc.com/rasmi-jdt-umum-hector-bidoglio-sebagai-ketua-jurulatih-baharu
⁽³⁾ https://www.vocketfc.com/mauricio-nascimento-tuhan-tak-pernah-menipu-selamat-tinggal-mora/
⁽⁴⁾ https://semuanyabola.com/tukar-jurulatih-macam-tukar-selipar-penyokong-anggap-pengurusan-sri-pahang-yang-bodoh-mentadbir-pasukan/
⁽⁵⁾ https://makanbola.com/pengadil-sepak-pemain-selangor-tetapi-penonton-terlihat-sesuatu/
⁽⁶⁾ https://majoriti.com.my/sukan/2022/07/24/magis-saat-akhir-jdt-3-poin-jadi-bualan-hangat-saksi-melaka-gigit-jari
⁽⁷⁾ https://axello.net/mfl-janji-saingan-msl-lebih-sengit-tambah-sehingga-9-import-bermula-2023/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/714330306400551/

Tulis komen: