Keputusan perlawanan ke-18 Liga Super 2022

306845979_750855412748040_1630588046208420197_n.jpg

Isnin, 19 September 2022, 9:55 pm

Keputusan perlawanan ke-18 Liga Super 2022.

N Sembilan vs Sarawak Utd

Gol ke-3 N Sembilan oleh Matheus Alves, daripada sepakan sudut corner & bicycle kick tepat masuk gol. Sarawak Utd cuba menyamakan kedudukan di saat² akhir, tapi bicycle kick tak kena.

Sabah vs Selangor

Minit ke-25, Selangor menjaringkan 2 gol dalamm tempoh seminit di gelanggang lawan.
Minit ke-30 gol cantik daripada sepakan percuma Baddrol Bahtiar.
Ini kemenangan pertama Selangor bersama jurulatih baru Nidzam Jamil.

PJ City vs JDT

Tak sempat tengok match ni sebab pergi bercamping kat UTP ⁽¹⁾ 😅. Boleh tahan jugak PJ City mengikat JDT, tapi ada dengar khabar angin, JDT sengaja seri supaya selepas ini kalau menang bertemu N Sembilan, nanti dapat buat sambutan juara liga semasa bertemu Kedah. Bagi panas Sanusi ⁽²⁾ 😝.

Piala FA 2022

JDT 3 – 1 Terengganu ⁽³⁾. Gol pertama JDT oleh Arif Aiman, ada yang kata gol ni sepatutnya tidak dibenarkan sebab 2 orang pemain JDT mahu membuat lontaran ke dalam sedang memegang bola.

Penjaga gol Terengganu, Rahadiazli melakukan beberapa kesilapan termasuk gol ke-2 JDT menerusi penalti Bergson. Walaupun Rahadiazli memohon maaf kepada peminat selepas permainan, ia bukanlah sesuatu yang perlu disesalkan, sebab bermain di pentas akhir pada umur yang muda ini pengalaman yang sangat berharga, dan terkini dia dipanggil menyertai skuad Harimau Malaya untuk beraksi di Piala Raja Thailand ⁽⁴⁾.

Keputusan

9/9
N Sembilan 3 – 2 Sarawak Utd
Melaka Utd 0 – 3 Kedah

10/9
Sabah 2 – 3 Selangor

11/9
Sri Pahang 0 – 2 KL City

14/9
Kedah 3 – 1 Selangor
Terengganu 3 – 0 Penang

15/9
Melaka Utd 0 – 0 KL City
PJ City 2 – 2 JDT

Kedudukan
PasukanPMSKGBDMata
JDT17134046103643
Sabah18113430191136
N Sembilan18105327161135
Terengganu18102628161232
Kedah ↑2178362626027
KL City ↓1187562427-326
Sri Pahang ↓1186392628-221
Selangor185583132-120
Melaka Utd184682031-1118
PJ City183871829-1117
Sarawak Utd1842121740-2314
Penang1814131938-197

⁽¹⁾ azwan082.my/2022/09/solo-camping-kat-utp-utp-alumni-homecoming-2022
⁽²⁾ www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/09/880755/pemain-jdt-tidak-pandai-cakap-johor-sanusi
⁽³⁾ axello.net/highlight-gol-jdt-juara-piala-fa-2022-bergson-sumbat-2-gol
⁽⁴⁾ web.facebook.com/FAMalaysiaOfficial/posts/779027723170466

Komentar

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.

Kandungan berkaitan: